![]() |
| (Dari kiri) Steven Taylor, Jennifer Lopez, Randy Jackson dan hos, Ryan Seacrest semasa mengendali salah satu program American Idol. - AGENSI |
LOS ANGELES 21 April - Penerbit Eksekutif American Idol, Ken Warwick sedang menimbangkan untuk membuat perubahan pada sistem undian untuk memperbaiki kelemahan undian berat sebelah daripada penonton wanita terhadap peserta lelaki.
Katanya, salah satu perubahan yang dipertimbangkan untuk membenarkan undian daripada tiga jurinya, Jennifer Lopez, Steven Taylor dan Randy Jackson, diambil kira bersama-sama undian daripada penonton pada setiap minggu.
Jelasnya, secara tradisi, rancangan realiti seperti American Idol menarik lebih ramai penonton wanita yang gemar mengundi peserta lelaki, sama ada melalui telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau secara dalam talian.
"Kami menyedari kebanyakan undian menyebelahi peserta lelaki.
"Buat masa ini, tiada perubahan akan dilakukan tetapi perkara ini akan dibincangkan dengan teliti sebaik-baik sahaja musim kali ini berakhir," katanya pada sidang media.
Setakat ini, empat peserta akhir wanita termasuk calon yang disebut-sebut bakal menjuarai musim ini, Pia Tascano, telah terkeluar awal.
Kali terakhir peserta wanita memenangi rancangan realiti itu ialah pada 2007 yang dimenangi oleh Jordin Sparks.
Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, orang ramai gemar memilih peserta lelaki berkulit putih serta pemuzik jalanan sebagai juara, sekali gus kejayaan tersebut mendorong melariskan jualan album mereka.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: