Sunday, April 17, 2011

Selami dunia Coca Cola

TUMPUAN...pelbagai pameran dan sudut interaktif menjadi tarikan di Dunia Coca-Cola.
TUMPUAN...pelbagai pameran dan sudut interaktif menjadi tarikan di Dunia Coca-Cola.

SEMUANYA bermula pada 8 Mei 1886 apabila ahli farmasi bernama John S Pemberton berjaya menghasilkan minuman yang awalnya untuk mengubati sakit kepala dinamakan Coca-Cola.

Beliau berjaya menjual sembilan gelas minuman itu saja pada tahun berkenaan dan kini selepas 125 tahun dan melalui pelbagai evolusi dalam perniagaan, Coca-Cola menjadi minuman paling digemari di seluruh dunia apabila 1.7 bilion minuman itu dinikmati sehari atau 19,400 setiap saat.

  • Foto

    KENANGAN...(dari kanan) Weitarsa, penulis dan rakan bergambar kenangan dengan beruang Coca-Cola.

  • Foto

    UNIK...kereta antik ini pernah digunakan untuk mengiklankan Coca-Cola.

  • Foto

    SANTAI...bangunan Dunia Coca-Cola di Atlanta menjadi tumpuan pelancong.

  • Foto

    CENDERAMATA...kedai menjual pelbagai produk Coca-Cola menjadi tumpuan pengunjung.

  • Foto

    KONGSI IDEA...media Malaysia dibawa melawat ibu pejabat Coca-Cola di Atlanta.

  • Foto

  • Foto

    MENARIK...antara koleksi iklan lama daripada seluruh dunia yang dipamerkan.

Begitu besar pengaruh minuman berkenaan hinggakan tempat kelahirannya iaitu Atlanta, Amerika Syarikat, menerima banyak faedah, terutama daripada segi pembangunan hasil kejayaan minuman terbabit.

Tidak hairan apabila bangunan khas yang dinamakan Dunia Coca-Cola di bandar raya berkenaan menerima lebih 1.1 juta pelancong setahun dan menjadi antara tempat tumpuan pelancong tempatan dan luar negara ke situ.Pelbagai khazanah berkaitan minuman itu disimpan dengan sebaik-baiknya dan dipamerkan kepada pe­ngunjung, yang ada sesetengahnya me­ngundang nostalgia kerana menikmati minuman berkenaan ada kaitan dengan sejarah hidup mereka.Tidak hairan apabila ada sudut khas di Dunia Coca-Cola yang me-maparkan surat daripada penggemar minuman terbabit di seluruh dunia yang menyatakan pengalaman manis, pahit dan sejarah hidup mereka yang dikaitkan dengan minuman berkenaan.


Ada yang mengatakan mereka minum Coca-Cola ketika pertama kali keluar bersama pasangan masing-masing dan akhirnya kini berkahwin dan berkeluarga.

Surat berkenaan ditulis dalam pelbagai bahasa dan dipamerkan di sudut khas itu untuk dikongsi bersama pengunjung lain yang mungkin turut berkongsi pengalaman sama.

Jadi, tidak hairan apabila syarikat gergasi itu mengambil keputusan mengubahsuai rasa Coca-Cola pada 1985 dengan anggapan pengguna sudah jemu dengan rasa minuman yang dihasilkan berabad-abad lalu, penggemar minuman berkenaan berhimpun mengadakan bantahan.

Kata Naib Presiden Komunikasi Warisan syarikat berkenaan, Philip F Mooney, penggemar minuman itu mengadakan demonstrasi meluahkan rasa marah dan kecewa kerana perisa minuman ber-kenaan ditukar.

“Malah ada seorang wanita berusia 80-an menghubungi syarikat dan marah kerana katanya, kenapa Coca-Cola mengucar-ngacirkan memori hidupnya,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat Coca-Cola di Atlanta.

Mooney berkata, perisa baru itu hanya mampu bertahan tiga bulan sebelum syarikat akur dan mengembalikan rasa asal Coca-Cola.

“Baru kami sedar, minuman ini adalah sebahagian daripada kehidupan penggemarnya, menghubungkan mereka dengan kehidupan dan ini bukan sekadar minuman ringan,” katanya.

Semua sejarah dan besarnya pengaruh minuman itu dapat dilihat dengan menyusuri bahan yang dipamerkan di Dunia Coca-Cola.

Bahagian awal yang menempatkan replika botol gergasi yang dihias berasaskan adat dan kebudayaan pelbagai negara sempena Sukan Olimpik Atlanta menjadi antara tarikan ke situ.

Paling menarik adalah ‘kilang kecil’ bagaimana minuman berkenaan dihasil dan dibotolkan memberi sedikit gambaran mengenai penghasilannya walaupun ramuan sebenar minuman ringan itu tidak pernah didedahkan sejak 1886 dan ia masih kekal sebagai rahsia besar sehingga kini.

Kata Mooney, ramai cuba meniru, malah mendakwa berjaya menghasilkan minuman yang rasanya sama dengan Coca-Cola, tetapi akhirnya mengakui mereka gagal.

Bagi mereka yang gemar me-ngumpul pelbagai barangan Coca-Cola, pastinya lawatan ke bangunan berkenaan memberi satu ‘kegilaan’ apabila semua kha-zanah yang mengumpulkan sejarah perkembangan minuman berkenaan dipamerkan.

Selain itu, panggung 4D menanti pengunjung yang pasti tertarik dengan dokumentari ringkas mengenai minuman berkenaan yang dipapar dengan penuh menarik.


Apapun, kunjungan ke Dunia Coca-Cola yang diketuai Pe­ngurus Pemasaran Sparkling (Malaysia) Coca-Cola Far East Ltd, Weitarsa Hendarto diakhiri de­ngan kenangan manis apabila pe­ngunjung berpeluang merasai pelbagai minuman yang dihasilkan syarikat terbabit secara percuma.

Pelbagai barangan cenderahati untuk dijadikan kenangan-kenangan turut dijual di bahagian akhir bangunan Dunia Coca-Cola dan bagi peminat, banyak wang pasti akan dilaburkan di situ.

Sempena ulang tahun ke-125 ini, rakyat Malaysia juga berpeluang ke Atlanta dan melawat Dunia Coca-Cola dengan menghubungi 03-80238311 untuk menjawab beberapa soalan dalam peraduan yang berakhir 15 Mei depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: