
Sebelum ini, pementasan makyung hanya diungguli kaum wanita. Berbekal kisah lama, makyung menyebabkan pasangan suami isteri bergaduh dan berpisah, akhirnya diharamkan pakyung dalam kalangan pelakon lelaki. Ia hanya dilakonkan wanita yang menyerupai lelaki.
Itu kisah lama. Bagi penggiat makyung, Rosnan Rahman, seni ini sudah sebati dengan dirinya. Mula aktif sejak di universiti lagi, Rosnan antara pelopor seni warisan negara ini.
Graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina dari Universiti Sains Malaysia ini akan terus menyemai minat kepada generasi muda mengenai keistimewaan kesenian makyung ini.
“Pada mulanya, memang sangat sukar untuk saya kerana ia tidak semudah disangka. Ia perlu ada minat yang mendalam. Tapi apabila sudah berlatih dan mencintainya, ia menjadi semakin mudah,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: