Monday, April 18, 2011

Perhilitan kesan buaya Sungai Junjung Mati


GAMBAR buaya yang dirakam di tebing Sungai Junjung Mati pada Khamis lalu.


GEORGE TOWN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang sedang mengesan seekor buaya tembaga yang dilihat oleh penduduk di Sungai Junjung Mati dekat Juru di sini baru-baru ini.

Pengarahnya, Jamalun Nasir Ibrahim berkata, beberapa kakitangan jabatan itu telah ditempatkan di kawasan sungai itu sejak kelmarin bagi memantau kehadiran reptilia tersebut.

Ujarnya, beberapa papan tanda amaran agar orang ramai menjauhi kawasan itu buat sementara waktu turut dipasang.

"Orang ramai juga diingatkan supaya tidak mengganggu reptilia itu seperti melontar batu ke dalam sungai.

"Kami akan mengesan lokasi haiwan itu terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil termasuk kemungkinan menangkapnya," katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: