|
|
KUALA TERENGGANU – Seorang pemandu jengkaut yang membunuh seorang wanita berusia 55 tahun dengan menanam jasad mangsa di sebuah tapak semaian tiga tahun lalu akhirnya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Zulhisham Fadly Mohamad, 30, dari Kampung Gong Limau, Kemaman hanya mendiamkan diri selepas keputusan dibacakan oleh Hakim Datuk Abd. Rahim Uda.
Tertuduh yang merupakan bekas kakitangan Majlis Perbandaran Kemaman itu disabitkan dengan tuduhan membunuh Zaiton Mohamad, 55, pada 16 April 2008.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah kebun buah naga, Mukim Hulu Kemaman, Bukit Tebuan, Kemaman di antara pukul 10.30 pagi hingga 1 petang.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Jazamuddin Ahmad Nawawi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Tertuduh diwakili peguam bela, Abdullah Muhamad.
Dalam penghakimannya, Abd. Rahim berkata, tertuduh dijatuhkan hukuman tersebut setelah mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.
“Selepas mahkamah meneliti keterangan kedua-dua pihak dan saksi, didapati tertuduh memang sengaja melakukan perbuatan itu dengan niat untuk membunuh.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: