Saturday, April 9, 2011

Penghantar surat tahan peragut dihargai

MESRA...Zulkifli (dua dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada Amyrul (empat dari kanan).
MESRA...Zulkifli (dua dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada Amyrul (empat dari kanan).

KUALA LUMPUR: “Biarpun saya dan keluarga tidak pernah menjadi mangsa ragut, namun saya berdendam dengan mereka.

“Ini kerana saya sering tonton di televisyen selain terbaca di akhbar ramai mangsa ragut bukan saja cedera sebaliknya ada yang maut akibat kekejaman mereka itu,” kata penghantar surat, Amyrul Zaki Ahmad Sibi, 22.


Dia menerima sijil penghargaan daripada polis selepas menahan seorang peragut berusia 30-an di Jalan Raja Chulan, di sini, 30 Mac lalu.

Sijil penghargaan itu disampaikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Mohamed, atas keberanian dan komitmen Amyrul untuk bersama polis membanteras jenayah ketika perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), di sini, semalam.


Turut menerima sijil penghargaan, tujuh pegawai dan anggota polis yang berkhidmat cemerlang sepanjang Mac lalu.


Menceritakan semula kejadian itu, Amyrul berkata, dia yang dalam perjalanan untuk menghantar surat terlihat sekumpulan lima orang awam mengejar dua lelaki sambil menjerit ‘peragut’.

“Saya memecut motosikal sebelum melanggar belakang seorang daripada suspek menyebabkan dia terjatuh.


“Dengan bantuan orang ramai, kami menahan peragut itu sebelum menyerahkannya kepada polis. Namun, saya kecewa kerana gagal menahan rakan suspek,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: