Monday, April 4, 2011

Pengaruh warna Mediterranean


PENAMPILAN tampak lebih ranggi dengan jaket tebal dan beg kulit rona coklat.


MASSIMO DUTTI membuka lembaran musim bunga dan panas dengan koleksi rekaan hebat tanpa cela yang diinspirasikan oleh gaya topografi pulau dan padang pasir yang menepati cita rasa urban. Inilah mantra terbaru daripada Massimo Dutti. Koleksi terbarunya tampil segar dan vital, walaupun mengetengahkan gaya klasik yang mempunyai sentuhan gaya hidup moden.

Massimo Dutti untuk wanita datang dalam beberapa jenis fabrik yang memenuhi cita rasa pengguna berbeza. Sama ada kulit dan campuran fiber semula jadi, kain kapas dan linen atau sutera yang pasti koleksi itu dilihat paling chic untuk digayakan sempena musim bunga dan panas tahun ini.

Ibarat melalui kembara dari lautan Atlantik, pilihan koleksi kali itu sememangnya melengkapkan penampilan yang sofiktikated dan selesa.

Terdapat kategori estetik dan abadi yang ditampilkan. Merah, putih dan biru yang dipadankan dengan bunga-bungaan, garisan atau bintik serta fabrik yang ringan merupakan alasan yang kuat untuk menjadi koleksi yang wajib ada dalam setiap almari pakaian anda.

Dari Afrika Savanna muncul inspirasi untuk menjadikan koleksi musim bunga dan panas ini satu kenyataan. Blazer, kemeja putih, seluar pendek dan jaket sahari atau asas yang menunjukkan simbol tersebut.


KEMEJA berpetak mencermin gaya lelaki maskulin.


Selain itu, linen yang merupakan material fabrik merupakan kunci yang membawa gaya safari tampil romantik dengan sentuhan delux. Dres dan top dalam potongan geometrik dan dalam warna koral terang atau putih pasti menarik perhatian si jejaka.

Sementara itu, Massimo Dutti untuk lelaki mengubah penampilan kepada gaya urban sambil mewujudkan aura intelektual yang ideal untuk bohemian dan semangat kosmopolitan.

Kepada mereka yang belum membuat keputusan untuk ke mana musim panas ini, pilihan terbaik adalah menyediakan beg pakaian dengan pakaian untuk mengelilingi dunia tanpa melupakan koleksi musim bunga dan panas tahun ini.

Sama ada blazer atau jaket gaya kasual, baju sejuk dan seluar lurus adalah koleksi yang harus ada untuk jejaka Massimo Dutti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: