Monday, April 4, 2011

Pelbagai faktor penentu undi

pix_middle

SAAT dinantikan penonton setia rancangan realiti TV popular, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) apabila berpeluang menyaksikan sendiri bakat sebenar peserta terpilih yang berlangsung Sabtu lalu, di pekarangan pusat beli-belah Aeon, AU/2 Setiawangsa.

Sewaktu sidang akhbar memperkenalkan tenaga pengajar dan pelajar terpilih, kebanyakan wakil media memuji bakat dimiliki mereka. Namun, Sabtu lalu menjadi medan sebenar untuk 12 peserta menunjukkan kemampuan sebenar.

  • Foto

    SUHADA

  • Foto

    AZRI

  • Foto

    AMIR

  • Foto

    AFIF

  • Foto

    ERUL

  • Foto

    EKA

  • Foto

    KAY

  • Foto

    LAIKA

  • Foto

    LENA

  • Foto

    MIZA

  • Foto

    NERA

  • Foto

    RAQIB

Digemari media, belum tentu mampu memenangi hati peminat. Tambah pula, peminat setia AF memilih peserta daripada pelbagai sudut dan faktor. Kemampuan vokal kadang-kadang bukan menjadi pilihan utama. Beberapa elemen lain turut menjadi faktor penentu untuk mereka disukai, sekali gus memancing undi penonton.

Bagaimanapun, menerusi maklum balas diterima, kebanyakan penonton berasakan semua peserta dipilih produksi untuk musim akhir ini ada suara, cuma ada beberapa pelajar masih lagi gementar dan kurang daripada sudut penghayatan lagu juga persembahan.


Sebahagian besar peserta juga mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada penyokong setia termasuk ahli keluarga. Datang daripada latar berbeza, sudah tentu sokongan dari tempat kelahiran turut memainkan peranan dalam usaha mendapatkan undi.


Seramai 12 pelajar dipilih, masing-masing enam perempuan dan lelaki. Dua pelajar dari Sabah dan kedua-duanya perempuan dan dua peserta lain dari Melaka manakala yang lain dari Lembah Klang.

Personaliti juga turut memainkan peranan penting dan ia turut mempengaruhi keputusan penonton untuk memilih siapakah yang layak untuk diumumkan juara. Bagi penonton setia yang mahu mengenali lebih dekat setiap peserta untuk musim ini, berikut disertakan latar belakang setiap peserta.



SUHADA

Nursuhada Jebat, 19 tahun


  • Berasal dari Batu Berendam, Melaka
  • Pelajar semester 2 jurusan Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
  • Anak sulung daripada empat beradik, tiga perempuan dan seorang lelaki
  • Dibesarkan ibu selepas ibu bapanya bercerai. Adik bongsu berumur enam hari sewaktu ibu bapa bercerai
  • Tujuan bergelar penyanyi untuk membuktikan boleh berjaya walaupun tanpa kasih sayang ayah
  • Hadiah paling diimpikan supaya ayahnya dapat memberi kasih sayang kepada anak-anak
  • Ada kumpulan adik-beradik diberi nama SASSU (Singkatan nama Sabira, Shafina,Syuhada) ala-ala Elite dan Feminin
  • Seorang yang peramah, sensitif, jujur dan bijak berkata-kata.



    LAIKA

    Zulaikha Zahari, 22 tahun


  • Berasal dari Cheras, Selangor
  • Anak ketujuh daripada 10 beradik
  • Ibu bapa bercerai dan tiga adiknya bergantung kepada Zulaikha dan tinggal bersamanya
  • Selalu menjadi orang tengah dalam keluarga
  • Berniaga selipar, jam dan kentang putar di Uptown Setiawangsa dan Cheras. Modal dipinjam daripada kawan-kawan
  • Amat tegas dan lasak



    MIZA

    Roshammizah Rosli, 27 tahun


  • Asal dari Gombak
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda bahasa Inggeris di Unitar
  • Anak pertama daripada dua beradik
  • Sangat rapat dengan adik kerana adik satu-satu�nya ahli keluarga yang ada
  • Yatim piatu sebab ibu dan ayah meninggal dunia pada 2007. Ketika itu Miza masih belajar dan adik lelakinya berumur 16 tahun
  • Ayah meninggal selang seminggu dengan ibu disebabkan penyakit strok dan ibu kanser paru-paru
  • Sentiasa bawa gambar keluarga yang diletakkan dalam kereta dan dompet
  • Sedih dengan kritikan orang yang sering memperkatakan pakej dimiliki untuk menjadi penyanyi



    NERA

    Queennera Francine Francis Kitingon, 19 tahun


  • Asal dari Penampang, Sabah
  • Beragama Kristian
  • Pelajar Asian Tourism Int College
  • Pernah masuk pertandingan ratu cantik, Top 3 Miss Earth Sabah dan Top 10 Miss Earth Malaysia (2008)
  • Selalu menyertai pertunjukan fesyen dan model catwalk
  • Suka sangat dengan haiwan dan selalu bawa balik kucing di jalanan dan pernah ada lebih 20 ekor kucing. Sekarang ada empat kucing dan lima anjing
  • Cepat tersentuh mengenai haiwan
  • Lemah lembut dan sopan, ibu bapa sangat tegas dan dia tidak boleh balik lambat



    LENA

    Lenaber Haidir, 21 tahun


  • Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan kini menetap di Hulu Langat, Selangor
  • Anak ketiga daripada enam beradik
  • Belajar hingga PMR saja
  • Berhenti sekolah kerana mahu menjaga ibu yang lumpuh, bapa sakit jantung dan kencing manis serta adik-adik masih kecil
  • Buat kerja kampung untuk bantu keluarga
  • Behijrah ke Kuala Lumpur ketika usia 17 tahun dan menumpang di rumah mak cik
  • Ibu dan bapa sanggup jual tanah, rumah dan kereta pada 2008 kerana ingin bersama anak-anak di Kuala Lumpur dan menjadikan impian Lena bergelar penyanyi menjadi kenyataan
  • Kini berniaga di Pasar Pagi Pudu dan pasar malam sekitar Kuala Lumpur menjual jam tangan, dompet dan selipar



    EKA

    Nur Atiqah Shariffudin, 22 tahun


  • Asal dari Kajang, Selangor
  • Anak kedua daripada tiga beradik semuanya perempuan
  • Pelajar jurusan E-Secretaryship di KLMU
  • Berkebolehan dalam bidang tarian Hip Hop dan tarian moden
  • Pernah menjadi Juara pertandingan menari anjuran Menara Kuala Lumpur 2010 bersama kumpulan Sequence Crew
  • Tempat kedua ketika membuat persembahan di Maha 2010 bersama kumpulan Funkafaction
  • Model catwalk sejak usia 18 tahun
  • Seorang yang berdikari dan tidak mahu menyusahkan ibu bapa



    ERUL

    Khairul Najmuddin Abu Samah, 19 tahun


  • Tinggal di Taman Pandan Indah, Kuala Lumpur
  • Pelajar Diploma jurusan muzik di Aswara
  • Anak ketiga daripada lima beradik
  • Peminat lagu Korea dan Jepun (K-Pop & J-Pop)
  • Berbakat, pandai menya�nyi, menari, menulis lirik dan lagu
  • Mengikuti Kelas Vokal dan Piano di Yamaha sejak usia 12 tahun
  • Pernah mengikuti kelas tarian moden dan Hip Hop di Linda Jasmine Dance Studio



    AMIR

    Mohamad Amirullah Jahari, 19 Tahun


  • Asal dari Kuching, Sarawak
  • Pelajar semester 2 Diploma Muzik di Aswara
  • Anak keempat daripada enam beradik
  • Kerja sambilan sebagai pemuzik jalanan
  • Di Kuching selalu bermain di Waterfront Kuching dan di Kuala Lumpur pula di Jalan Alor, Bukit Bintang
  • Main gitar sejak umur 13 tahun
  • Suka menyuarakan pendapat dan gemar bercakap mengenai muzik
  • Fanatik muzik kerana dunianya adalah muzik



    AFIF

    Ahmad Aliff Afif Tarmizie, 25 tahun


  • Asal Ampang, Kuala Lumpur
  • Jurucakap produk
  • Anak kedua daripada tiga beradik (semua lelaki)
  • Ibu bapa bercerai dua tahun lalu, tinggal dengan ibu Ibunya ketua guru di Taska Islam
  • Bapa bekas imam, datuk sebelah bapa ialah bekas Mufti Negeri Pahang manakala sebelah ibu ialah Qari Negeri Pahang
  • Mewarisi bakat daripada datuk yang juga seorang qari
  • Minat menyanyi dan menari sejak dari kecil
  • Seorang yang ceria, kelakar, suka mengusik, suka bergurau dan kadang-kadang nakal
  • Suka imej botak kerana nampak lebih matang dan serius. Kalau berambut panjang wajah nampak lebih kebudak-budakan
  • Pentingkan keluarga



    AZRI

    Mohamad Azri Abdullah, 24 tahun


  • Asal Klang, Selangor
  • Anak keempat daripada lima beradik
  • Kerja sambilan sebagai pemain gong untuk kumpulan gamelan dan mengangkat barang PA sistem
  • Ada band, Breakfast Band (indie) dan single Bagai Puteri, Hentikan dan Masih Ada
  • Seorang yang tak mudah putus asa dan mempunyai keyakinan untuk menjadikan impian satu kenyataan.



    KAY

    Nur Khaidir Muhd, 22 tahun


  • Anak bongsu daripada enam beradik
  • Bekerja menjual barang-barang di laman web
  • Adik Diddy AF4, ibu, Kamariah Ahmad penyanyi era 70-an
  • Pernah datang uji bakat AF4 bersama Diddy, tapi Diddy yang dipilih
  • Pernah menyanyi di Restoran Bora Ombak
  • Rasa disisih keluarga apabila Diddy masuk AF4
  • Cemburu dengan Diddy kerana lebih disayangi seperti anak bongsu



    RAQIB

    Fahrur Raqib Abdul Majid, 21 tahun


  • Asal dari Melaka
  • Pelajar Ijazah Perakaunan di MMU Melaka
  • Anak ketiga dari empat beradik (2 Lelaki, 2 Perempuan)
  • Pernah mewakili Malaysia ke Pertandingan Tilawah Peringkat Asia semasa berumur 12 tahun, menang tempat kedua
  • Warisi bakat mengaji daripada ibu yang juga sering menyertai pertandingan tilawah. Ibu juga penyanyi lagu asli
  • Seorang yang simple, agak skema, suka mencuba sesuatu yang baru, pandai mencipta lagu dan kadangkala nampak macam poyo
  • Minat sangat hendak masuk AF kerana mahu ubah persepsi orang terhadap orang yang selalu masuk tilawah
  • Berbakat main alat muzik gitar dan keyboard tetapi tidak tahu baca nota muzik
  • Nampak bijak dan suka berfikir.
  • No comments:

    Post a Comment

    Tinggalkan Komen Anda Sini: