Monday, April 18, 2011

Lorong Seni sedia aktiviti sihat


SEBAHAGIAN daripada remaja yang menjayakan aktiviti seni di Lorong Seni, Putrajaya.


PUTRAJAYA – Program Lorong Seni anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang mula diperkenalkan sejak Mac tahun lalu bukan sahaja mampu menyediakan aktiviti sihat untuk golongan muda malah telah berjaya menyemai semangat kesukarelaan.

Lebih membanggakan, tanpa melibatkan peruntukan wang yang besar, objektif utama program tersebut untuk menyemarakkan aktiviti seni kepada penduduk setempat dan menyediakan ruang kepada pengkarya muda menyebarkan mesej masing-masing juga tercapai.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan, Wasitah Mohd. Yusof, turut gembira apabila program tersebut mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada golongan muda.

“Saya lihat Lorong Seni berubah daripada hanya sekadar tempat untuk golongan muda di sekitar Putrajaya kepada satu acara yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat termasuk ibu bapa yang menyokong kegiatan anak-anak mereka,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Program Lorong Seni diadakan pada setiap bulan selama dua hari secara percuma memberi ruang kepada belia yang mempunyai minat dalam seni teater, muzik tradisional atau moden, penulisan kreatif, tarian atau seni halus.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: