Monday, April 18, 2011

Hentian rehat sarang jual telefon tiruan


OTHMAN memeriksa beberapa telefon bimbit tiruan yang ditemui di dalam sebuah van semasa operasi di Lebuhraya Karak semalam.


KUALA LUMPUR - Taktik sekumpulan peniaga menjadikan hentian rehat di lebuh raya sebagai lokasi menjual telefon bimbit tiruan terbongkar selepas mereka ditahan pihak berkuasa semalam.

Dalam operasi pukul 11.40 pagi itu, seramai sembilan penjual telefon yang sedang berkeliaran mencari pelanggan diberkas di hentian rehat di Lebuhraya Karak menghala ke Kuantan.

Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Othman Nawang berkata, sebanyak 73 telefon bimbit pelbagai jenis seperti Iphone 4 dan Nokia bernilai RM73,000 telah dirampas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: