Saturday, April 23, 2011

Lazat, berkhasiat di D' Arab Cafe Shah Alam


BAGI menarik pelanggan datang kembali ke restoran D' Arab Cafe, Mohd. Hairuddin Md. Top (kiri sekali) sentiasa memastikan setiap hidangan dipastikan kelazatan dan kualitinya.


RASA sekali pasti nak lagi. Itulah yang dapat S2 gambarkan tentang kelazatan masakan Arab di restoran D' Arab Cafe di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, Selangor ini.

Menghidangkan pelbagai jenis hidangan, bermula dengan sup sebagai pembuka selera, diikuti sandwich, masakan panggang, nasi beriani dan jus, penggemar masakan Arab terutama masakan kambing pasti berasa puas dengan keenakan serta kelazatan resipi dari Yaman itu.

Malah hidangan di D' Arab Cafe yang dimasak oleh chef didatangkan khas dari Yaman juga menggunakan rempah-ratus bermutu dan berkhasiat serta sesuai untuk pesakit diabetes.

Lebih menarik, semua hidangan menggunakan nama Arab antaranya shawama mix (kebab campur), hommos (kacang kuda yang dilenyek dan dicampur rempah-ratus), maklama (masakan daging campur telur) dan madamas (kacang pol).

Hidangan lain adalah shish tawook (ayam bakar berempah), lamb aukdah serta empat jenis masakan yang dihidang bersama nasi beriani antaranya hanith lamb (daging kambing yang dibakar dalam kertas aluminium), kabsah lamb dan mandey lahhm.

Pemiliknya, Mohd. Hairuddin Md. Top memastikan semua hidangan di restorannya yang kini mempunyai 13 cawangan di sekitar Lembah Klang menepati cita rasa pelanggan.

Anak kelahiran Tangkak, Johor itu menggunakan rempah- ratus, daging kambing dan beras yang diimport bagi memastikan masakan yang dihidang menepati selera Arab.

"Oleh kerana menu utama kami ialah nasi beriani, saya memastikan masakan terutama nasi sentiasa lazat dan berkhasiat serta bahan mentah seperti kambing diimport dari Australia dan beras basmathi dari Punjab.

"Bagi menjaga kualiti hidangan, kami mempunyai tiga dapur pusat yang menyediakan hidangan segar ke semua cawangan setiap hari," katanya yang turut menjalankan perniagaan di medan selera Kompleks Anjung 7, berhampiran Universiti Industri Selangor di Seksyen 7, Shah Alam.

Harga yang ditawarkan D' Arab Cafe amat berpatutan dan sesuai untuk semua golongan.

Misalnya, pakej makanan kombo untuk tiga orang termasuk minuman harganya bermula dari RM26 hingga RM34 (RM8.50-RM11.50 setiap orang)

"Semua orang boleh menikmati hidangan kami," kata Mohd. Hairuddin yang berkongsi perniagaan dengan isterinya, Rozita Ismail, 51.

Cawangan lain D' Arab Cafe ialah di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, TTDI Jaya, Subang Jaya, Klang, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Uniten Bangi, Kelana Jaya dan Seksyen 13, Shah Alam.

Sebarang maklumat mengenai D'Arab Cafe yang dibuka bermula 11 pagi hingga 11 malam setiap hari boleh diperoleh melalui laman web www.nasiarab.com atau menghubungi talian 019-337 5959 dan 017-682 1700.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: