|
Biarpun pada awalnya, ramai yang mendakwa perkahwinan yang berlangsung pada 20 Mac 2011 ini dilakukan bagi menutup segala kontroversi panas yang melanda pasangan ini selepas mereka dikatakan curang dengan pasangan masing-masing pada ketika itu, Kris Dayanti bagaimanapun kini bagaikan sudah terjerat dengan kontroversi yang lebih teruk lagi.
Seluruh warga Indonesia, baik daripada golongan peminat sehinggalah ke kelompok tokoh agama, masing-masing memberi andaian dan kritikan tersendiri terhadap apa yang telah dilakukan oleh pasangan pengantin baru ini. ![]() kris dayanti dalam dilema Mengakui kekhilafan yang dilakukan, Kris dan Raul berjanji bertanggungjawab terhadap anak yang bakal dilahirkan dan menolak khabar angin yang mengatakan dia sudah menggugurkan kandungannya itu. Kris yang selama ini mesra dengan media, semakin susah dihubungi apabila isu kehamilannya menjadi topik hangat sekarang. Difakamkan dia sekarang sedang bercuti di Bali. Tinggal Bersama Sebelum Nikah? Jika ramai yang terkejut dengan berita kehamilan ini, berlainan pula dengan jiran tetangga pada pelantun lagu Menghitung Hari ini. Menurut sebuah akhbar online Indonesia, DetikHot, jiran tetangga Kris mengakui pasangan ini sering kelihatan bersama dan Raul acap kali dilihat bermalam di rumah Kris. "Setahu saya Raul sering menginap di rumah Kris, kerana dia sering kelihatan masuk dan keluar daripada rumah Kris pada masa yang jelas kelihatan seperti menginap, jadi pada saya tidak hairan jika diumumkan Kris sudah hamil," tutur seorang tetangga yang tidak mhau disebutkan namanya. Timbulkan Kemarahan Ahli Agama Pelbagai pihak cuba mengeluarkan kenyataan terhadap apa yang berlaku pada penyanyi ini, dan bagi Ketua Front Pembela Islam (FPI) DKI Jakarta, Habib Selon dalam satu kenyataannya di Kapanlagi.com, dia mengatakan jperbuatan yang dilakukan oleh Kris ini sudah melebihi daripada membuka aurat. "Di dalam Islam, ada dua hukumnya. Pertama, kalau dia hamil empat bulan, sebelum ada pernikahan, maka anaknya disebut anak zina, dan bapa ibunya boleh jika direjam. "Jadi, kalau pengakuan dia seperti itu, silakan dinilai sendiri saja," ujar Habib yang keras menentang perzinaan dan pornografi. ![]() atha bekas isteri raul Selepas beberapa hari kontroversi ini tersebar di Indonesia dan negara-negara jirannya, Kris Dayanti dikhabarkan telah meninggalkan Indonesia dan tidak pulang ke rumah. Kris Dayanti dikhabarkan berpindah ke negara kelahiran suaminya, dan biarpun beberapa petugas media memberitahu mereka terlihat kereta Hammer milik Raul kelihatan berada dikawasan rumah Kris di Jakarta. Sudah Siapkan Kamar Bayi Di sebalik semua kecaman yang dilemparkan ke atas Kris Dayanti ini, di sisi lain wanita yang juga ibu kepada dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer popular, Anang Hermansyah ini dilaporkan sudah pun membuat persiapan untuk menyambut bayi barunya itu. Menurut seorang jirannya, Kris sudah merenovasikan biliknya bagi menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarganya nanti. "Setahu saya Kris sudah merenovasi kamarnya, dua kamar jadi satu, mungkin buat nanti kelahiran si bayi," jelas jiran Kris yang mendakwa proses merenovasi itu memakan masa sebulan. Promosi Single Tetap Dijalankan Walaupun usia kandungannya sudah mencecah ke angka empat bulan, pengurusnya, Iis Dahlia menjelaskan Kris masih terbabit dalam kegiatan promo single terbarunya, Nurlela. "Kami masih melakukan promo single terbarunya, dan dia beri kerjasama yang baik. Seminggu kami pergi ke empat hingga lima lokasi, dan Kris tidak pernah mempersoalkannya," jelas Iis. ![]() bekas suami Kris, bersama anak-anaknya Apabila kontroversi ini berlaku sudah tentu bekas suami dan isteri kepada pasangan ini menjadi orang pertama yang dicari oleh pihak media. Mengakui tidak terkejut dengan perkara itu, jelas Atha, bekas isteri Raul, jika usia kandungan itu mencecah empat bulan maka mereka sudah melakukan perkara terlarang itu semenjak Raul masih bergelar suaminya. "Saya bercerai dengan Raul Lemos pada Disember lalu, jadi ini bererti masa belum bercerai lagi, dia (Krisdayanti) sudah pun bunting, malah sejak belum bernikah sekalipun mereka sudah duduk bersama, dan jika di Timor Leste sekalipun mereka tetap tinggal bersama," ujar Atha. Berlainan dengan Anang Hermansyah yang enggan memberi sebarang tanggapan apabila diajukan tentang perkara ini. "Soal anak itukan perkara yang bahagia, jadi kehamilan itukan baik. Saya tidak bisa memberi tanggapan apa-apa," luah Anang. |
Thursday, April 21, 2011
Kris Dayanti Tinggalkan Indonesia? Susah dihubungi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Baru sahaja melangsungkan perkahwinan gilang gemilang di antara penyanyi tersohor Indonesia Kris Dayanti dengan usahawan dari Timor Leste iaitu Raul Lemos, diva Indonesia ini dilaporkan sudah pun hamil empat bulan.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: