Sunday, April 10, 2011

Konsert Cinta Kedamaian Mampu Lahir Generasi Bertamadun Dalam Seni

Persembahan Konsert Jelajah Koir Kebangsaan Institut Pengajian Tinggi Awam "Cintakan Kedamaian" 2011.

SHAH ALAM: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kerjasama di antara kementerian itu dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM) di dalam Konsert Jelajah Koir Kebangsaan adalah penting ke arah melahirkangenerasi bertamadun dalam seni dan kebudayaan.

Beliau berkata konsert seumpama itu yang merupakan hasil kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan UiTM dapat membawa pentas penilaian terhadap budi bahasa dan nilai murni yang seharusnya ditanam dalam semangat dan perjuangan hidup generasi muda.

Beliau berkata demikian dalam rakaman montaj perutusannya sempena perasmian Konsert Jelajah Koir Kebangsaan IPTA "Cintakan Kedamaian" diDewan Agong Tuanku Canselor UiTM di sini malam Sabtu.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf melakukan sombolik pelancaran Konsert Jelajah Koir Kebangsaan Institut Pengajian Tinggi Awam "Cintakan Kedamaian" 2011 di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, malam Sabtu. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli dan Penolong Naib Canselor UiTM, Prof Madya Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman (kanan).

Pelancaran konsert itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf bersama-sama Penolong Naib Canselor UiTM Prof Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman dan Ketua Pengarah JKKN Datuk Norliza Rofli.

Konsert di UiTM itu adalah yang pertama dalam siri jelajah Koir Kebangsaan di institusi pengajian tinggi yang bertemakan "Cintakan Kedamaian"pada tahun ini di Lembah Klang.

Koir Kebangsaan akan membuat persembahan berikutnya di Universiti Malaya pada 7 Mei diikuti Universiti Kebangsaan Malaysia pada 13 Mei.

Koir Kebangsaan ditubuhkan pada 1991 kementerian dan dikendalikan oleh JKKN sejak 2004.

Koir Kebangsaan ini dianggotai seramai 27 orang yang dipimpin oleh Konduktor Amri Zane di bawah bimbingan penyanyi Syafinaz Selamat dan Tunku Marina Tunku Datuk Zubir sebagai Pengarah Koir.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: