|
|
Raja Azmi mesti dah tahu apa yang nak kena jawab untuk minggu ni?
Memang dah tahu, ini mesti isu jumlah kutipan ... Dalam Botol. Saya minta maaf banyak. Saya tak nak komen lagi tentang isu itu.
Tapi Pancaindera nak bagi peluang untuk Raja Azmi buat penjelasan. Pasal ramai yang dah pandang serong dengan Raja Azmi, kononnya menipu jumlah kutipan filem sendiri.
Biarlah apa orang nak kata. Tapi saya memang kecil hati sangat. Saya tak mahu apa-apa penjelasan dan tak ada yang perlu dijelaskan. Biarlah orang buat tanggapan mereka pasal mereka lebih tahu daripada saya sebagai seorang penerbit.
Tapi isu kutipan tiket ni dah jadi kontroversi. Raja Azmi kena jelaskan juga. Bukankah Raja Azmi memang suka dengan kontroversi?
Ini kontroversi yang disengajakan. Saya tak nak sebut lagi ... Dalam Botol nak dapat kutipan RM8 juta ke atau RM10 juta. Saya dah tak minat pun.
Tapi Raja Azmi memang bagi tahu ke kepada wartawan yang ... Dalam Botol dah dapat kutipan tiket RM1 juta?
Saya sekadar bercerita sahaja. Filem-filem saya yang tak laku sebelum ni pun saya tak malu nak cerita kepada wartawan. Habis tu, apabila ... Dalam Botol dah balik modal kerana untung dapat RM1 juta, memang saya gembira sangat. Saya tak ada niat nak tipu langsung. Pernah filem saya dapat RM100,000 lebih sahaja, saya tak malu bagi tahu. Semua saya cerita dan tak ada sebab nak tipu.
Kalau Raja Azmi sebut kutipan tiket RM1 juta, macam mana pula apabila fakta sebenar kutipan sekitar RM600,000 selepas dua minggu ... Dalam Botol ditayangkan? Tak ke bercanggah bunyinya?
Itu jumlah kutipan dari Finas sahaja menerusi Skim Wajib Tayang. Tapi sebagai penerbit, banyak lagi cabang untuk saya buat duit. Orang tak tahu filem itu turut dibeli oleh Library of Congress New York. Malah, ... Dalam Botol telah dijual kepada Astro First. Dah tayang pun sekarang di Astro. Itu yang saya gembira sangat apabila buat pertama kali filem saya balik modal dan untung lebih RM1 juta.
Maksudnya, isu yang timbul ni hanya salah faham antara kutipan tiket dan hasil jualan daripada sumber lain?
Itu yang saya sedih sangat. Saya boleh saman suratkhabar kerana isu yang ditimbulkan itu telah menyebabkan penonton tak jadi datang ke pawagam pada minggu kedua tayangan.
Teruk terjejas kutipan tiket ... Dalam Botol pada minggu kedua akibat kontroversi tu?
Memang terjejaslah kutipannya apabila sangat perlahan. Saya sedih sangat.. saya boleh saman suratkhabar. Kenapa orang nak aniaya saya macam ni (menangis). Malah Pancaindera minggu lepas pun tulis saya tipu. Sebagai penerbit, saya lebih arif tentang untung rugi filem saya.
Mungkin kalau Raja Azmi tampil beri penjelasan awal-awal selepas isu kutipan tiket tu timbul, keadaan mungkin tak teruk?
Kenapa filem orang lain tak kecoh, tapi filem saya orang nak kecoh. Tak ada faedah saya nak tipu.
Sebaliknya saya gembira sangat pertama kali dapat RM1 juta (menangis teresak-esak macam tak nak berhenti). Pancaindera pun main tulis saja. Kenapa tak telefon saya tanya cerita yang sebenar. Atas dosa apa saya dicanang satu Malaysia oleh segelintir pihak seolah-olah saya menipu. Saya sedih sangat. Saya hanya nak kirim salam kepada mereka yang tulis cerita tak betul pasal saya dan saya tak nak ulas lagi isu ni.
l Perbualan tidak dapat diteruskan kerana Raja Azmi tidak mampu menahan emosi dan menangis teresak-esak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: