Monday, April 4, 2011

Kate ‘lepas geram’

TAK LAZIM...ketika menghadiri parti bujang, Kate dilihat merokok dan meminum arak, berbeza dengan imejnya sebelum ini sebagai wanita sopan dan rapi.
TAK LAZIM...ketika menghadiri parti bujang, Kate dilihat merokok dan meminum arak, berbeza dengan imejnya sebelum ini sebagai wanita sopan dan rapi.

DENGAN detik terpenting dalam hidupnya hanya tinggal beberapa minggu lagi, sesetengah pihak mungkin menjangkakan Kate Middleton kini hidup bagaikan di awang-awangan.

Maklumlah, apabila rasmi bergelar isteri Putera William nanti, dia juga sebenarnya diangkat sebagai pasangan pewaris takhta raja Britain.

  • Foto

    RAPIKAN DIRI...Kate membetulkan mekap di dalam tandas.

  • Foto

    PERSEDIAAN AWAL...Kate melupakan seketika persediaan perkahwinannya untuk membeli pakaian bayi.

  • Foto

    BUAT PILIHAN...bakal permaisuri Britain membeli-belah sendirian di sebuah butik eksklusif di Chelsea.

Namun, di sebalik pelbagai andaian itu, Kate sebenarnya mempunyai wawasan lebih jauh, malah melangkaui majlis perkahwinannya itu.

Minggu lalu, Kate dilihat meluangkan masa ke kedai kelengkapan ibu hamil dan kanak-kanak, Mamas & Papas di King’s Road di Chelsea, untuk membeli pakaian bayi.


Ketika malam menjelma, Kate dilaporkan bersuka-ria kali terakhir dengan rakan bujangnya, sekali gus menafikan dakwaan terdahulu kononnya bakal permaisuri itu sudah diraikan dalam parti persendirian yang tidak dihebohkan.Seorang pembantu kedai berkata, Kate datang bersendirian untuk memilih pakaian ibu baru hamil sebelum meninggalkan kedai berkenaan tanpa membeli apa-apa, 20 minit kemudian.


“Nampaknya Kate Cuma mahu membeli hadiah kepada seorang rakannya yang baru hamil,” katanya.

Walaupun begitu, pemerhati berpendapat, Kate dan William membayangkan mereka tidak bercadang menangguh rancangan mendapatkan zuriat.

Dalam penampilan yang berbeza daripada imejnya sebagai wanita pendiam, Kate kemudian menyertai ramai rakan ke pinggir kota, dipercayai untuk menghadiri parti bujang terakhir sebelum bergelar isteri.

Bagaimanapun, bebe-rapa rakan rapatnya, termasuk di kalangan bekas mahasiswa yang dikena-linya di Universiti St Andrews tidak kelihatan.

Begitu juga adiknya, Pippa - yang bakal menjadi pengiring di majlis Perkahwinan Diraja itu nanti - turut tidak menyertai parti berkenaan.

Majlis itu bermula de-ngan Kate dilihat menghirup champagne, tetapi apabila malam semakin larut, dia mula semakin leka dengan arak.

Kata sumber, Kate memesan minuman keras dalam kuantiti yang lebih banyak. Pada satu ketika, kata sumber itu, Kate dilihat mengambil champagne ditinggalkan rakannya untuk diminum.

Seorang jurugambar pula sempat merakamkan gambar Kate menghisap rokok di pub berkenaan.

Dikenali sebagai wanita bergaya dan rapi, Kate mengenakan pakaian skirt pendek biru dipadankan dengan jaket bergaya Union Jack bersama selempang merah jambu.

Gambar yang dirakamkan ketika parti itu kemungkinan besar memeranjatkan kalangan keluarga bangsawan Britain selepas sekian lama Kate dikenali sebagai wa-nita yang tidak merokok atau kuat minum arak.

Di kalangan rakan sekolahnya pula, Kate adalah gadis yang sentiasa mengelak daripada mengambil alkohol.

Namun, sejumlah gambar dirakamkan di parti itu mendedahkan sikap sebenar jelitawan kelahiran Berkshire itu.

Gambar berkenaan muncul beberapa hari selepas William memilih mengelak daripada perhatian orang ramai ketika dia menghadiri parti per-sendirian di sebuah rumah rakannya.

Dipercayai, adik William, Putera Harry, bekerjasama dengan pemilik kelab malam, Guy Pelly, menganjurkan parti bujang itu untuk kekasih Kate.

Ia hanya dihadiri kira-kira 20 tetamu, termasuk rakan baik di sekolah William, James Meade, Thomas Van Straubenzee dan Hugh Van Cutsem.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: