Monday, April 4, 2011

Pikat 100,000 pelanggan baru

AKHSAN...sasar pinjaman peribadi RM5 bilion
AKHSAN...sasar pinjaman peribadi RM5 bilion

BANK Simpanan Nasional (BSN) optimis mampu menarik kira-kira 100,000 pelanggan baru untuk melanggan produk pembiayaan peribadinya menjelang akhir tahun ini dengan disandarkan kepada pengenalan pelbagai produk baru dan kempen menarik secara besar-besaran di seluruh negara.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Perbankan Konsumernya, Akhsan Zaini berkata, pihaknya optimis mencapai sasaran itu kerana tahun lalu saja pihaknya berjaya mendapatkan 60,000 pelanggan baru bagi pembiayaan peribadi dengan menawarkan kadar faedah yang berdaya saing kepada pelanggan produk pembiayaan peribadinya.


“Dengan pelbagai langkah ini, kami yakin mampu mencapai sasaran pemberian pinjaman peribadi sebanyak RM5 bilion akhir tahun ini, berbanding RM3.3 bilion tahun lalu.

“Bagi memastikan sasaran tercapai, kami mengatur strategi ampuh menerusi promosi berterusan menarik secara proaktif,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Beliau berkata, bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan peribadi, BSN menyediakan 384 cawangan dan 320 pegawai jualan bergerak untuk menemui pelanggan sama ada di pejabat atau rumah.


BSN adalah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada 1 Disember, 1974.

Misi BSN ialah untuk menggalakkan tabungan, pelaburan dan pengurusan kewangan yang bijak di kalangan rakyat Malaysia sejajar untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup.


Kini BSN mempunyai lebih 5,000 kakitangan, 384 cawangan, 865 mesin juruwang automatik (ATM) dan 133 mesin deposit tunai (CDM) di seluruh negara. BSN mempunyai lebih tujuh juta pelanggan di seluruh Malaysia dengan simpanan berjumlah RM10.8 billion.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: