Tuesday, April 19, 2011

Kangna pilih Salman atau Gerard?


DARI KIRI:KANGNA, GERALD BUTLER, SALMAN KHAN


KANGNA RANAUT ternyata sangat berhati-hati apabila bercerita tentang kisah peribadinya. Aktres cantik itu memberitahu buat masa ini dia tidak bercinta dengan sesiapa biarpun ada gosip yang mendakwa ada sesuatu antaranya dan aktor Salman Khan.

"Saya hanya mahu pastikan kali ini bahawa cinta baru akan berkekalan. Jadi, sementara bertemu lelaki yang boleh merealisasikan impian saya itu, biarlah saya bersendirian buat masa ini," ujarnya kepada majalah Mumbai Mirror.

Menurutnya lagi, buat masa ini hanya Salman merupakan sahabat sejatinya dalam industri Bollywood.

Katanya: "Saya mula berkenalan dengan Salman di set penggambaran filem Dus Ka Dum dan terus menjadi kawan.

"Saya juga menyedari bahawa di Bollywood ini, hanya Salman yang benar-benar ikhlas berkawan dengan saya. Dia adalah rakan ketika saya senang dan susah."

Namun, Kangna menafikan dia dan Salman bercinta.

"Tidak benar. Saya dan Salman bukan pasangan kekasih. Saya tidak bercinta dengan sesiapa pun. Tapi bila saya bercinta, saya akan bersikap terbuka, itu yang selalu saya amalkan."

Apa pula komen Kangna tentang gosip dirinya bercuti bersama aktor terkenal Hollywood, Gerard Butler di Amerika Syarikat?

"Gerard Butler hanya datang ke set penggambaran filem lakonan saya, Happy New Year di Amerika Syarikat untuk bertanya khabar. Itu sahaja. Mana ada kami bercinta. Saya tiada sebab untuk merahsiakan jika benar kami bercinta," tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: