Penyanyi dangdut Haiza sudah lama tak ada lagu baru. Kalau ada undangan show dia masih menyanyikan lagu-lagu lama serta lagu penyanyi lain yang sedang popular. Sementelah sekarang ini lagu dangdut semakin kurang hangat. Namun kalau di persembahan pentas, lagu dan penyanyi dangdut masih ada pengikut. Penyanyi dangdut tak payah nak cari makan kerana ada sahaja undangan datang kepada mereka. Haiza juga antara penyanyi yang lebat dengan tawaran. Selain menyanyi dia juga ligat selaku pengacara. Kalaupun diundang sebagai pengacara, dia tetap diminta menyanyi oleh penganjur persembahan. Tidak adakah perancangan menghasilkan lagu baru? "Sebenarnya saya sedang menyiapkan single baru. Kali ini lari sikit daripada muzik dangdut. Saya pilih konsep world music agar boleh diterima secara menyeluruh," kata Haiza.
Bosan ke? Adakah Haiza sudah bosan dengan dangdut. Selama ini dia tak pernah mahu lari daripada irama itu. Malah mahu memperjuangkan dangdut bersama rakan-rakan artis dangdut lain. "Bukan mahu lupakan dangdut. Saya selesa dipanggil artis dangdut kerana itulah muzik yang membawa nama saya sehingga hari ini. "Saya tergerak hati untuk mencuba konsep muzik baru ini untuk memberikan warna lain dalam persembahan saya. Ia hasil perbincangan dengan orang-orang yang bersama-sama saya dalam perjalanan kerjaya sayan ini. "Sebenarnya semasa mengadakan persembahan, khususnya dalam majlis makan malam, saya menyanyikan pelbagai konsep lagu. Bukan hanya lagu dangdut. "Jadi saya mahu merakam lagu yang dianggap bukan kebiasaan saya untuk menambahkan variasi muzik saya," kata penyanyi lagu Dag Dig Dug itu. Dia tetap terus menyanyikan lagu-lagu dangdut dalam persembahannya dan akan terus kekal sebagai artis dangdut. Cuma di dalam menghgasilkan lagu dia mahu memberikan satu kelainan. |
Saturday, April 9, 2011
Haiza tinggalkan dangdut?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: