Saturday, April 23, 2011

Celcom sasar 30% guna telefon pintar

TERBARU...Shazalli  menunjukkan iPhone 4.
TERBARU...Shazalli menunjukkan iPhone 4.

CELCOM Axiata Berhad (Celcom), peneraju telefon pintar Blackberry menyasarkan pertumbuhan 30 peratus pelanggannya menggunakan telefon pintar menjelang akhir tahun ini dengan bersandarkan kepada pengenalan telefon terbaru, iPhone 4 yang dilancarkan, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata berdasarkan rekod Celcom bagi suku keempat tahun lalu, kurang 20 peratus pelanggannya iaitu kira-kira dua juta menggunakan telefon pintar daripada 11.2 juta pelanggan seluruh negara.


Beliau berkata, mengikut statistik dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2009, kira-kira 20 peratus pengguna telefon mudah alih di negara menggunakan telefon pintar manakala selebihnya menggunakan telefon mudah alih biasa.

“Melihat pada situasi semasa, kami percaya mampu menembusi saiz pengguna telefon mudah alih untuk beralih kepada telefon pintar dengan memperkenalkan pakej menarik serta kelebihan yang dimiliki Celcom daripada segi kekuatan prasarana dan liputan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran telefon pintar iPhone 4 di Kuala Lumpur, semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: