Monday, April 18, 2011
Ayam kampung AK1 dijamin bersih, halal
Ayam kampung adalah istilah yang diberikan untuk ayam dipelihara secara bebas atau lepas. Kebiasaannya, ayam kampung dipelihara di kawasan luar bandar.
Kebanyakan masyarakat Malaysia kini lebih gemar mendapatkan ayam daging, berbanding ayam kampung. Keadaan itu berlaku antara faktornya adalah ke-rana kekurangan penternak atau pengusaha ayam kampung di kawasan bandar.
Tambahan, masyarakat kini tidak ramai yang tahu akan khasiat ayam kampung yang berdaging pejal, manis dan berprotein tinggi.
Oleh itu, Koperasi Maal Nizami Negeri Selangor Berhad (Komani) melakukan inisiatif dengan memperkenalkan perniagaan menternak ayam kampung di bawah jenama AK1.
Setiausaha Pengurus Projek-nya, Mohamed Yahya Jamal Mohd :(gambar) :berkata, ayam kampung AK1 yang dibekalkan pihaknya dijamin segar dan halal kerana ia diternak bumiputera Muslim.
“Kebanyakan pengusaha ayam kampung melibatkan golongan bukan Muslim dan status halalnya diragui. Berikutan itu, kami sebagai pengusaha ayam kampung bumiputera Muslim berasa terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawab memperkenalkan ayam kampung halal untuk penggemarnya terutama mereka yang ber-agama Islam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurutnya, ayam kampung AK1 diternak secara semula jadi dan hanya diberikan vaksin yang disarankan pakar kesihatan (vaterina).
"Kami disarankan untuk memberi vaksin supaya kadar kematian ayam rendah. Bagaimanapun, suntikan vaksin diberikan itu tidak memberi kesan kepada ternakan organik ayam kampung kami,” katanya sambil memberitahu ayam diternak memerlukan tempoh sehingga 80 hari sebelum disembelih kerana tiada suntikan hormon diberikan.
“Ini berbeza dengan ayam disuntik dengan hormon yang hanya memerlukan masa 45 hari untuk disembelih," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kaedah rawatan yang digunakan Komani sekiranya terdapat ayam ternakan kurang sihat, Mohamed Yahya berkata, Komani menggunakan kaedah rawatan tradisional bagi merawat ayam yang didapati kurang sihat.
"Kami akan menggunakan halia atau bawang putih sebagai bahan rawatan," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: