Thursday, April 21, 2011

Ashraff Muslim bertunang Sabtu ini

Kisah pelakon Ashraff Muslim nak bertunang dah lama diperkatakan. Malah pelakon itu juga sudah mengakui yang dia akan bertunang bulan ini (April). Namun wanita yang berjaya mencuri hatinya tidak pernah didedahkannya.

Dia mahu adil dengan semua orang untuk mendapat tahu kesemuanya pada hari dia bertunang. Sekarang tarikhnya sudah sah, dia akan bertunang dengan wanita pilihan pada 23 April ini di Gombak, Selangor.

Mahu adil dengan semua pihak.

Tahniahlah Mangga Online ucapkan kepada Ashraff yang kini ada kerja lain, iaitu pengamal perubatan alternatif yang diceburinya.

Mangga Online juga tak sabar nak lihat sendiri bakal tunang Ashraff, maklumlah sebelum ini dia pernah berkasih dengan seorang pelakon.

Dengar-dengarnya wanita itu seorang doktor yang menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran di sebuah universiti di India. Imejnya pula bertudung. Amat sesuai dengan Ashraff yang kini mengamalkan perubatan cara Islam.

Selamat bertunang...

Ashraff juga dikatakan semakin mengurangkan aktiviti lakonan. Penggambaran yang dilakukan sekarang adalah sisa-sila projek yang sudah lama dipersetujuinya.

Mungkinkah selepas ini dia akan mengutamakan perubataan Islam yang diceburinya secara sepenuh masa?

Dengar-dengarnya bidang yang diceburinya itu semakin mendapat sambutan dan pesakitnya juga semakin bertambah sehingga menjadikan masa Ashraff semakin sibuk.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: