Friday, April 1, 2011

Apabila kek mendap


Puding Roti


Soalan
KEBIASAANNYA apabila kek telah masak, kita akan menutup suis ketuhar tersebut. Adakah kita akan terus mengeluarkan kek tersebut dari ketuhar serta merta? Tetapi chef, kenapakah setiap kali kek yang saya buat setelah dikeluarkan dari ketuhar dan dibiarkan seketika kek tersebut akan mendap. Di mana silapnya?

azizah@atsz.com.my

Jawapan

ADA beberapa sebab kenapa kek jatuh selepas dikeluarkan. Ia mungkin disebabkan oleh kek anda itu tidak cukup masak. Jadi pastikan kek betul-betul masak dengan mengujinya terlebih dahulu.

Suhu yang tidak cukup panas juga menyumbang kepada kek mendap selepas dibakar. Bakarlah kek pada suhu 180 darjah celsius.

Selain itu mungkin di dalam kek tidak mempunyai udara yang cukup. Anda perlu pastikan adunan betul-betul dipukul sebati terutamanya ketika memukul mentega dengan gula, ketika memasukkan telur dan ketika mengacau tepung dalam adunan.

Ini bagi membolehkan kek memerangkap udara. Adalah sebaik-baiknya anda mengayak tepung dan bahan penaik (sekira menggunakannya) sebelum mencampurkan dalam adunan kek.

Anda boleh menutup suis dan biarkan seketika di dalam ketuhar sambil pintu ketuhar dibuka tetapi cara ini dilakukan jika jika anda membuat kek keju. Anda perlu membiarkan seketika bagi mengelakkan kek keju mendap atau pecah selepas dikeluarkan.

Soalan

SAYA dan kawan-kawan penggemar puding roti. Jadi setiap kali kami ada tugsan laur dan menginap di hotel, menu itu yang akan kami cari dulu. Diharap saudara dapat membantu kami untuk buat sendiri di rumah.

Sarina Hamzah

sarina.hamzah@perkeso.gov.my

Baiklah Sarina di sini saya akan kongsikan satu resipi puding roti yang mudah dan enak untuk anda cuba. Saya ucapkan selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: