Sunday, February 22, 2009

Tak mustahil kami kahwin – Remy Ishak

Gosip percintaan pelakon macho yang tengok dok meletup sekarang ni, Remy Ishak, 27, dengan Umie Nazira, 23, semakin heboh diperkatakan.

Kemana pergi pun orang bertanya betulkah Remy dan Umie yang juga anak Datuk itu bercinta?

Malah ramai orang sudah nampak tahap keintiman mereka. Cuma ada orang kata dia orang nak sorok saja. Pengarang Mangga, Zeha pun mengaku dia pernah nampak Remy dan Umie berjalan berpegangan tangan dan manja-manja gitu.

Umie pula dilihat pernah meletakkan tangannya di atas bahu Remy seperti orang yang tengah angau bercinta. Masa jumpa Remy minggu lalu Niezam minta dia buat penjelasan mengenai hubungan dia orang. Jangan nak sorok-sorok.

Secara terus terang Remy mengaku dia tak mahu jadi orang yang hipokrit. Kalau boleh dia memang tak nak sorok benda yang betul sebab lambat laun orang akan tahu juga.

Menurut Remy dia mengaku buat masa ni dia dan Umie Nazira tu memang tengah hangat berkawan. Dia orang kenal masa sama-sama berlakon drama Awan Dania tak lama dulu.

Kerana drama tu dia orang memang rapat sehinggalah kedua-duanya jadi teman untuk berkongsi cerita.

“Buat masa ni Remy dan Umie berkawan baik. Remy memang suka cara dia. Dia boleh dibawa berbincang dan rileks orangnya,” kata Remy.

Bila tanya bab-bab kahwin ni Remy tak nak janji apa-apa lagi sebab hubungan mereka masih terlalu awal.

Tapi dia tak menafikan pada masa akan datang kalau hubungan tu serius dan berjalan dengan baik tak mustahil mereka akan kahwin.

Yang penting Remy kata kalau tanya bab-bab kahwin ni apabila masuk umur 30 tahun baru dia nak serius fikir perkara itu.

Buat masa ni Remy nak bagi tumpuan dalam bidang lakonan dulu. Sejak kebelakangan ni dia memang terima banyak tawaran berlakon.

Gara-gara tawaran berlakon yang melimpah ruah tu, Remy terpaksa “pasang” pengurus peribadi dah sekarang ini supaya senang nak uruskan jadual kerja harian dia. Wow, kelas gitu. Tak ada orang cemburu ke nanti?

NIEZAM: Orang Senawang, Negeri Sembilan boleh saksikan persembahan artis dan deejay Muzik FM di Giant, pukul 2 petang ini.

1 comment:

  1. remy saye sokong walo siape pun jdh remy..saye sbg peminat remy,mmg respect sgt kat remy..watak tengku haidar ke or adam due2 best..jejaka idamanku..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: