Thursday, February 26, 2009

Dengarnya.... Mawi nafi ibu tenat


SEWAKTU menonton pertandingan My Starz LG hujung minggu lalu, Cik Normah berkenan sangat dengan persembahan peserta dari Pulau Pinang iaitu Nashrin bersama pasangan duetnya, Misha Omar. Cik Normah nampak ada keserasian antara mereka berdua.

Pasal penghayatan, Cik Normah puji sangat-sangat sebab mereka berdua berjaya menunjukkannya dengan baik. Tapi bukan itu yang Cik Normah hendak ceritakan di sini. Sebelum ini pihak TV3 ada menguar-uarkan yang penyanyi pujaan Cik Normah, Mawi akan membuat persembahan pada malam final itu. Tup Tup, tempatnya diganti dengan Jamal Abdillah. Kononnya, dari apa yang disampaikan teman Cik Normah yang membuat liputan di situ, Mawi tidak dapat membuat persembahan kerana ibunya sakit.

Lebih mengejutkan apabila tersebar di laman forum mengatakan yang ibu kesayangan Mawi, Ramlah Sarlan itu dikatakan tenat. Bagaimanapun, sewaktu dihubungi teman Cik Normah yang solid molid dan manja itu, Mawi mengatakan ibunya tidaklah tenat seperti yang disebarkan.


Cuma Mawi mengaku yang ibunya diserang penyakit darah tinggi yang tekanannya mencapai tahap yang membahayakan. Jadi disebabkan itu dia tidak dapat menghadiri persembahan malam itu. Kata teman Cik Normah itu lagi, Mawi juga tetap akan meneruskan konsert Sinar Maulidurasul yang akan berlangsung Sabtu ini bersama kumpulan Rabbani dan beberapa artis popular lain.

Dalam pada, sibuk dengan konsert itu, Mawi berkata, dia tetap akan membawa ibunya untuk mendapat rawatan pakar. Baguslah Mawi, sibuk macam mana pun, ibu jangan sesekali dilupakan. Cik Normah dan rakan-rakan lain mendoakan moga ibu Mawi cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti sedia kala.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: