Thursday, February 26, 2009

Mayat tergantung, M Nasir terbang


BERBULAN-BULAN menyusun strategi serta mengadakan persiapan, Konsert Alam Muzik M Nasir di Istana Budaya (IB) yang bakal dipentaskan, esok di Panggung Sari, IB, pastinya cukup dinanti-nantikan peminat.

Masakan tidak, penganjuran konsert anjuran Box Office (M) Sdn Bhd yang diadakan sehingga 29 Februari ini muncul selepas sekian lama penyanyi, komposer, penulis lirik, pengarah, pelakon dan penghibur prolifik tidak menjayakan sebarang konsert.

Kali terakhir seniman kelahiran Singapura yang mendapat taraf kerakyatan negara ini mengadakan konsert pada 29 Januari 2000 apabila beliau muncul dalam Konsert Raikan Cinta M Nasir di Stadium Merdeka.

Tempoh itu sudah terlalu lama, ia berlaku sembilan tahun lalu. Maka tidak hairanlah, mengapa penganjuran Konsert Alam Muzik M Nasir di Istana Budaya (IB) ini mendapat sambutan cukup hangat sehinggakan tiketnya laris dijual.

Menyorot persiapan konsert, Aznan Alias (Nan) yang bertindak selaku pengarah muzik dihubungi Rap, semalam, untuk bercerita lanjut mengenai perkembangannya setakat semalam.

Nan yang bermain di posisi gitaris utama berkata, rom bongan pemuzik, kru teknikal dan penyanyi latar yang terbabit dalam konsert ini sudahpun menjalani latihan di IB sejak hari pertama melangkah ke pentas Panggung Sari, Selasa lalu.

“Fokus kami pada hari pertama selain latihan adalah tumpuan dari sudut teknikal. Setakat semalam, kami sangat berpuas hati dengan penyediaan penataan bunyi, muzik dan video latar juga berjalan dengan lancar.

“Cuma tinggal bahagian M Nasir. Seperti pernah saya maklumkan sebelum ini, berkemungkinan ada beberapa perkara yang akan ditukar pada saat akhir atau diperbaiki sama ada dari segi persembahan atau teknikal kerana Nasir seorang yang sangat teliti.

“Bagi saya semua yang terbabit dalam konsert ini, pemuzik mahupun jurutera sudah faham cara kerja Nasir dan daripada pemerhatian, semuanya menjalankan tugas dengan baik.

“Bagaimanapun, berdasarkan apa yang kami lakukan tem poh hari, baki persiapan sebenarnya cuma tinggal 20 peratus saja lagi dan ia merangkumi penyediaan pentas dan atur cara konsert secara keseluruhan,” katanya.



Selain Nan, pemuzik handalan dan berpengalaman yang terbabit dalam konsert ini adalah Zul Mahad (piano), Ahmad Firdaus Mahmod (keyboard pertama), Eddie Slam (keyboard kedua), Ujang Exists (dram), Pa'ang (perkusi pertama), Hamzah Hashim (perkusi kedua), Mohar Diman (seruling) dan Hanafi Spider (gitar kedua).

Dalam temu bual itu, Nan yang mengesahkan M Nasir akan beraksi secara solo sepanjang persembahan tanpa artis un dangan turut memberikan serba sedikit gambaran mengenai perjalanan konsert serta gimik yang bakal menemui pe nonton.

“Pentas Istana Budaya secara teknikal sangat dahsyat, justeru dengan kesempatan yang diberikan, kami cuba meman faatkannya.

“Selain penggunaan ‘props’ yang pelbagai dan penukaran pentas, turut terdapat beberapa gimik.

“Jangan terkejut kalau anda akan lihat mayat tergantung, mungkin juga salah seorang atau M Nasir sendiri akan terbang. Nyata, semua elemen yang digunakan ada mesej di sebaliknya yang hendak disampaikan,” katanya.

Antara lagu dendangan M Nasir pada malam itu, Raikan Cinta, Masirah, Sahabat Gua, Phoenix Bangkit, Bila Rumi Menari, Dah Lagu Tu, Melawan Arus, Langgam Pak Dogo, Oh! Anak, Hijab Kekasih, Tari Rimba Cinta, Mistikal, Demi Masa dan Semakin Nyata.

Termasuk, Mentera Semerah Padi, Anak Anak Kita, Sen tuhan Listrik, Ada, Perang Yang Lagi Satu, Bukalah Hatimu, Juwita, Balada Seorang Teman, Kias Fansuri, Andalusia, Apokalips, Gong Impian, Keroncong Nostradamus, Hidayah dan Akar Kita.

1 comment:

  1. ala bro mcm tiru IDEA METALLica jer...diorang gantung KERANDA lu bro gantung MAyat....

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: