Thursday, February 26, 2009

Dengarnya.... Belum kahwin, tinggal serumah


CERITA yang Cik Normah dengar ini memang panas kerana ia membabitkan perangai tidak senonoh penyampai wanita yang bertugas di sebuah stesen radio yang tersangatlah popularnya. Bukan sekali dua cerita perangai buruknya sampai ke telinga Cik Normah dan rakan-rakan tapi cerita yang satu ini memang gempar.

Dari sumber Cik Normah yang memang banyak menyimpan rahsia artis dan personaliti ini, penyampai radio ini sudah tinggal serumah dengan kekasihnya. Diulangi, bukan suami, bukan adik beradik tetapi kekasih. Setahu Cik Normah, sebelum ini dia tinggal bersama saudara terdekat. Bila pula dia pindah, tak pula Cik Normah ketahui.

Pada Cik Normah, kalau betul dan gatal sangat nak serumah dengan kekasih hati, kahwin jelah. Buat apa nak bersekedudukan. Hello dik, kita ni di Malaysia, bukannya di negara Barat yang boleh duduk serumah macam tu tanpa ikatan yang sah.


Bayangkan kalau sudah tinggal serumah, lelaki dan perempuan yang bukan muhrim pulak tu, ish tak tahulah Cik Normah nak kata apa. Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat. Cik Normah nak ingatkan, esok lusa kalau kegiatan sumbang awak itu dapat dihidu pihak berkuasa, satu sen pun tak guna.

Cik Normah nak ingatkan penyampai radio ini, baik bertaubat sebelum terlambat. Cik Normah ada kawan-kawan kat Jawi, nanti Cik Normah suruh dia orang serbu, baru padan dengan muka tu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: