KISAH model/aktres Bollywood Kangana Ranaut selalu mencuri perhatian media.
Setelah mendapat inspirasi dari pertunjukan fesyen yang selalu dijayakannya, Kangana berasa sudah tiba masanya dia menjadi pereka fesyen pula.
Dan kini sedang berjinak-jinak dengan beberapa nama pereka fesyen terkenal untuk menimba pengalaman.
Tidak cukup dengan itu, khabarnya, Kangana juga sudah mendaftarkan diri di sebuah institut fesyen di London.
Model berambut kerinting ini juga sanggup menetap di kota London selama dua bulan untuk menumpukan perhatian pada kelas fesyen yang diikutinya.
"Kangana tidak pernah merancang semua ini kerana sebelum ini, dia sudahpun memberi persetujuan untuk berlakon di samping Sunny Deol," kata kawan baiknya.
Namun, walau sesibuk mana sekalipun, Kangana tidak mungkin mengorbankan seni lakonnya kerana berlakon sudah sebati dengan dirinya.
Mungkin Kangana mendapat inspirasi dari Abhay Deol yang berpindah ke New York untuk mengikuti kursus memateri besi.
Lagipun, Kangana selalu membuat sesuatu yang diluar jangkaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: