Thursday, February 26, 2009

Saya tidak cemburu - Mila




GELARAN juara program realiti popular, Akademi Fantasiamusim kelima, (AF5) yang diraih bukan jaminan untuk Mila atau nama sebenarnya Nursyarmila Jirin terus diminati dan dipuja.

Populariti anak kelahiran Pulau Pinang ini dilihat kian jatuh merudum. Lebih mengecewakan, khabar terbaru Mila dikatakan tertinggal jauh di belakang juara AF6, Stacy yang semakin hari semakin menyerlah dan mendapat tempat di hati peminat.

Malah, ada pihak yang mendakwa bilangan undangan persembahan, nilai harga persembahan dan pelbagai lagi aktiviti seni kini lebih terarah kepada Stacy, bukan lagi Mila biarpun mereka berdua sama-sama bernaung di bawah label Maestro Talent.

Saat ditemui dalam satu sesi fotografi yang diatur khas di pejabat syarikat baru miliknya, Luvmila Corporation di Damansara, Mila hanya sempat tersenyum. Marah tidak, ketawa pun tidak dangan tanggapan yang dilemparkan kepadanya.

Menurut Mila, soal populariti terlalu subjektif untuk diukur dengan mata kasar kerana baginya populariti adalah hak peminat dan semuanya bergantung kepada individu di luar sana untuk menilai.


MILA lebih yakin dan fokus kepada masa depannya setelah berjaya menubuhkan syarikat sendiri.


"Saya tidak tahu tentang soal populariti sudah semakin jatuh atau sebaliknya. Bagi saya selagi ada rezeki, saya akan berkarya dalam bidang ini. Biasalah, bagi seseorang artis, ada masa kita di atas dan ada masanya kita di bawah, cuma untuk mengekalkan diri supaya jangan terus tenggelam memerlukan usaha keras dan produk yang baik.

"Walaupun mempunyai pengalaman menyanyi, saya masih ambil kelas vokal dengan Cikgu Shafi (Syafizawati Shariff) kerana saya ingin yang terbaik supaya tidak tenggelam sebalik banyak bakat yang ada dalam dunia seni tempatan," jelasnya.

Tambah gadis berusia 22 tahun itu lagi, dia tidak pernah cemburu dengan kelebihan yang ada pada diri Stacy yang merupakan juniornya.

Malahan, dia sendiri mengakui bakat nyanyian dan tarian yang wujud dalam diri Stacy dan tumpang bangga melihat pelajar kelahiran program yang sama dengannya mampu memberikan sebuah persembahan yang memukau.




"AF hanya platform, selebihnya atas usaha diri sendiri. Jika ada rezeki syukur Alhamdulillah. Cuma saya mengakui semasa di separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) saya membuat kesilapan besar kerana tidak menyampaikan lagu dengan baik.

"Waktu itu memang saya tidak sihat dan selepas persembahan saya akui memang sedih dan kecewa untuk beberapa hari. Perasaan malu memang tak boleh cakaplah, tetapi bukan cemburu dengan Stacy kerana saya tahu persembahan dia jauh lebih baik.

"Oleh itu, tidak wujud perasaan cemburu dengan kelebihan dan limpahan rezekinya. Kenapa perlu cemburu? Ini masa Stacy untuk naik dan saya tumpang gembira dengan kejayaannya," tutur Mila.

Itu baru soal persaingan dengan Stacy, bagaimana pula dengan kemunculan AF musim ketujuh (AF7), nampaknya selepas ini bertambah lagi persaingan Mila.

Dan nasib Mila dilihat akan lebih 'malap' jika AF7 bakal melahirkan lebih ramai bintang-bintang wanita.

Menyentuh soal itu, Mila percaya pada rezeki. Justeru, bagi memantapkan dirinya dengan menghadiri kelas vokal, Mila turut mengikuti kelas senaman secara rutin di gim bagi mengekalkan staminanya.




"Walaupun sudah biasa menyanyi, senaman sangat penting untuk mengekalkan mutu suara dan persembahan bertenaga di pentas persembahan.

"Bagi saya persaingan ada di mana-mana, jika tidak AF7 sekalipun, saban hari ada saja artis baru muncul. Saya percaya pada rezeki, selagi masyarakat mahukan bakat saya, selagi itu saya akan berkhidmat untuk menghiburkan mereka," ujarnya yang kini popular dengan lagu Gila.

Cerita bergaduh dengan rakan kongsi

Jika sebelum ini Mila bersama rakan kongsi Bernard Cheah menubuhkan syarikat MC Voices & Stars (MCV) kira-kira setahun lalu dan memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat tersebut, kini Mila telah melepaskan jawatan tersebut dan berundur daripada terlibat dalam MCV.


LUVMILA baru saja menerbitkan produk pembersih dalaman untuk wanita.


Pengundurannya bukanlah kerana dia bermasalah dengan rakan kongsinya itu tetapi kerana mahu cuba berdiri di atas kaki sendiri. Atas hasrat itu, maka lahirlah Luvmila Corporation pada pertengahan tahun lalu.

Di syarikat yang menjual produk kecantikan dalaman wanita itu, Mila memegang jawatan sebagai pengarah urusan dan dia dibantu lima orang kakitangan bersama ahli keluarganya.

Nampaknya kini Mila lebih fokus, malah dia lebih banyak menghabiskan masa di pejabat berbanding di rumah.

Semuanya gara-gara tidak mahu usahanya musnah begitu sahaja. Mungkin kerana itu kerjaya nyanyiannya sedikit terabai berbanding dulu.

"Modal menubuhkan syarikat ini datang dari poket saya sendiri. Setiap sen yang dilaburkan merupakan duit hasil titik peluh saya sebagai penyanyi. Sebab itu saya mahu lihat syarikat ini berkembang maju.

"Kalau tidak ada persembahan, sehari suntuk saya akan berada di pejabat menguruskan perniagaan kerana semuanya saya terpaksa buat sendiri," jelasnya.


STACY dikatakan berjaya ‘merampas’ perhatian peminat yang selama ini tertumpu kepada Mila.


Beritahu Mila, sungguhpun tidak lagi bersama MCV, hubungannya bersama bekas rakan kongsi masih lagi baik, sementelah beberapa lagu untuk album terbarunya turut dijalankan secara usaha sama antara Maestro dan MCV.

"Jika pada masa akan datang ada rezeki untuk kami bekerjasama, saya tidak akan menolak. Sebenarnya keluar daripada MCV merupakan keputusan yang sukar untuk saya.

"Tetapi demi masa depan saya lakukan juga, bukan untuk saya tetapi untuk kepentingan keluarga andai saya tidak lagi diminati," akui Mila.

5 comments:

  1. Milaaa...aku raso ekau ni lobih baik poie balik kampung kek penang tu ha..ekau jual kuih ajo..laie baik..ekau NYANYI DAN CAKAP PUN SUARO EKAU MEMG TAK SODAP.. MCM SUARA "MICKEY MOUSE" AJO..JGN LUPO BAWAK BLIK KETO VIOS KAU YG X SEBERAPO TUH..TRIMALAH KENYATAAN YG EKAU MEMG X HEBAT LA...YG PASTI SUARO EKAU HANCUR!!

    ReplyDelete
  2. Stacy lg BEST!!!!memang patot jadi JUARA!!!

    ReplyDelete
  3. bagi saya suara mila pun ok jugak.tak la teruk sangat.kalau suara die teruk die tak boleh jadi juara af5.maybe rezeki mila bukan untuk menyanyi tapi kalau mila ade bakat yang tersendiri mila boleh jadi pelakon.saya tengok cerita cinta meriam buluh tu best sangat.mila memang pandai belakon.mila the best!!!!!

    ReplyDelete
  4. mila klu nak menyanyi semasa rancangan bicara

    siswa tu biar pakai baju yg kt ats nie bukan pakai baju n seluar ketat tu x sesuaai lansung

    untuk tontonan pelajar ...malu la beb..

    ReplyDelete
  5. semua baju tak sesuai lah pandangan korang....jadi lebih baik tak berbaju langsung??? boleh baliklah nak berlagak ustaz konon!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: