SEJAK penghujung tahun lepas sehingga awal tahun ini, ramai artis dan selebriti menamatkan zaman solo masing-masing. Paling terbaru DJ Hot fm, Tini melangsungkan majlis perkahwinannya Ahad lalu manakala Mac nanti Leina Hangat pula bakal mendirikan rumah tangga kali kedua dengan pemuda dari Terengganu. |
Baru-baru ini SS dapat tahu ada seorang DJ lagi akan mendirikan rumah tangga. Sebelum ini, DJ ini pernah digosipkan bercinta dengan rakan setugas tetapi bermati-matian dia menafikannya. Katanya, mereka cuma berkawan baik.
Tetapi menurut rakan SS, memang benar DJ itu hendak berkahwin dan sekarang ke mana pergi mesti berdua dengan rakan setugasnya itu.
Baru-baru ini rakan SS terserempak dengan DJ itu bersama pasangannya di majlis perkahwinan seorang selebriti dan mereka kelihatan intim sekali. Hai, kalau dah begitu rapat dan mesra, takkan hanya kawan baik saja.
Selepas puas merisik, betullah yang DJ itu akan mengakhiri zaman solo dengan rakan setugasnya itu. Agaknya sambil meraikan majlis persandingan selebriti itu, bolehlah meninjau-ninjau sekali tempat sesuai untuk mengadakan majlis mereka nanti.
Malah SS difahamkan, pasangan ini sudah menempah kad kahwin di satu kedai. Seorang rakan SS nampak pasangan ini berkunjung ke satu kedai tempahan kad kahwin. Mereka dikatakan memilih Jun ini untuk melangsungkan perkahwinan mereka tapi rakan SS tidak pasti tarikh sebenar.
Apa yang membuatkan rakan SS geram, dulu masa ditanya tak mengaku yang mereka bercinta dan sekarang bila dah terserempak dengan rakan SS pada majlis perkahwinan selebriti, mengaku pulak. Tetapi rakan SS kata, pudar juga muka DJ itu. Yelah! suka cakap berdolak-dalik. Kalau sejak mula mengaku bukankah senang.
Dek kerana suka berdolak-daliklah maka sekarang selalu sangat terjadi tak tahu bila menikah tiba-tiba dengar dah bercerai. Kemudian barulah buat pengakuan dia sebenarnya dah berkahwin empat lima tahun sudah dan waktu itu juga baru bagi tahu yang dia dulu isteri kedua atau ketiga seorang VIP.
Selepas satu dunia dah tahu yang dia kini berstatus janda, mulalah beraksi sakan, terdedah sana sini. Status janda digunakan untuk hidup bebas dan akhirnya masyarakat mula pandang serong pada artis janda. Oops! SS tak kata semua artis janda buruk tetapi adalah dua tiga orang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: