Friday, February 27, 2009

John Mayer persenda lirik lagu Britney Spears

Mayer bersama buah hatinya, aktres Jennifer Aniston. Beliau berpendapat lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Britney semuanya membawa maksud yang sama.

BARU-BARU INI, penyanyi rock John Mayer mempersenda lirik lagu yang dinyanyikan oleh bintang pop bermasalah Britney Spears.

Entah apa gerangan menyebabkan Mayer memandang rendah tentang lirik lagu Britney.

Mungkinkah kerana dia baru saja memenangi Penyanyi Lelaki Vokal Pop Terbaik untuk lagu "Say" dan Penyanyi Solo Rock Terbaik' untuk "Gravity" pada Anugerah Grammy ke-51 di Angeles bulan lepas, menyebabkan dia bersikap begitu?.

Kata Mayer, lagu-lagu yang dinyanyikannya semua membawa maksud yang sama.

"Lihat saja senikata lagunya.... 'I'm going out tonight, but nobody look at me...' (Saya akan keluar malam ini. Dan tidak ada siapa yang melihat saya.)

Sambil berjenaka, Mayer berkata, "Ia seperti menggambarkan keadaan dirinya yang sebenar."

Teman lelaki Jennifer Aniston itu berkata dia tidak pernah berjumpa dengan Britney.

"Saya tidak pernah berjumpa dia dan saya tidak berminat dengannya. Saya cuma memberi komen pasal lirik lagu-lagunya saja.

"Kalau tidak percaya, cuba lihat sendiri. Dan lirik sebegini telah membawa kejayaan padanya.

"Mungkin, saya juga akan buat perkara yang sama satu hari nanti," kata Mayer ketika rakaman di DJ Ryan Seacrest's breakfast show.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: