Tuesday, February 24, 2009

Dengarnya... Berhati-hatilah Memey


CIK Normah bukan membenci, cuma rasanya perlu menegur pelakon baru yang tiba-tiba popular gara-gara kes tangkap khalwat dengan aktor, Norman Hakim. Sejak muncul semula selepas menyepi seketika, bukan main lagi si Memey ni menyusun bicara.

Sana sini cerita dia keluar. Maklumlah tengah panas ramai yang mencari. Cuma yang Cik Normah tak berkenan apabila dia memberi kenyataan. Memey macam tidak pernah menyesali apa yang menimpanya selama ini. Memang mahkamah belum menjatuhkan hukuman, tetapi rasanya Memey perlu menilai dan memikir terlebih dulu setiap jawapan yang ingin diberikan setiap kali ditemu bual media.

Ini tidak, dia seperti berbangga kononnya kes tangkap khalwat itu memberi ‘rahmat’ kepada kariernya. Namanya tiba-tiba meletup, panas meledak sedangkan dulu kehadirannya tidak begitu disedari. Sedikit pun tidak terbit perkataan menyesal atau bertaubat atas kesalahan yang dilakukannya.


Nama meletup kerana disyaki tangkap khalwat! Isyyy, kalau Cik Normah memang malu bukan kepalang dan insaf. Lainlah kalau nama meletup sebab menang anugerah atau diberi penghargaan besar daripada mana-mana pihak kerana hasil kerjaya kita. Itu memang Cik Normah boleh tumpang bangga.

Tapi tak tahulah mungkin perbuatan berkhalwat itu bagi Memey, bukan satu kesalahan besar. Sebab itu dia anggap macam ‘tak ada benda’. Cik Normah cuma nak ingatkan Memey, jangan terlalu gembira. Apa saja boleh berlaku. Kalau dulu, kena tangkap khalwat terus digam stesen TV. Tetapi Memey bernasib baik kerana stesen TV masih memberinya peluang.

Sepatutnya Memey berhenti bercakap soal itu dan menumpukan perhatian kepada karier. Ini tidak ke mana saja menjaja hubungannya dengan Norman. Sudah-sudahlah tu. Mual Cik Normah membacanya. Jangan nanti termakan kata-kata sendiri, diri sendiri yang punah sudah.

3 comments:

  1. manusia akhir zaman, hilang sudah harga diri. subhannallah....

    ReplyDelete
  2. memey jgn terlalu gembira atas kesedihan orang lain ingat setiap yang berlaku pasti balasan

    ReplyDelete
  3. abby pun apa kurangnya. baru seminggu bercerai dah sayang2 dengan BF baru.. seminggu dah ada pengganti kaa... ajaib.. spare part kot. pi bercuti sama lak tu.. hakk tuii

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: