SIR Anthony Hopkins membuat pengakuan yang dia adalah peminat nombor satu program realiti 'American Idol'.
Dek kerana terlampau sukakan program itu, Hopkins bercadang untuk menjadikan program realiti itu sebagai sebuah filem dan menawarkan diri berlakon sebagai juri mulut laser Simon Cowell.
Bintang 'Hannibal' itu mengakui bahawa dia dan keluarganya terlalu menggemari program nyanyian itu hinggakan teringin sangat membawa watak Cowell di layar perak.
"Kami menonton American Idol. Dan kami adalah peminat fanatik American Idol," katanya ketika ditemuramah.
"Simon adalah favorite saya kerana dia begitu jujur. Tidak ada apa-apa yang akan diselindungnya. Cowell akan bercakap dengan sejujurnya," kata Hopkins.
Sementara itu, rakan Cowell, produser Randy Jackson, sudahpun menyatakan persetujuan terhadap projek itu.
"Saya pula adalah peminat Sir Anthony Hopkins... Ayuh, kita lakukan," kata Jackson.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: