PENGKRITIK paling paling digeruni Simon Cowell mahu badannya diawetkan setelah dia mati kerana dia yakin dengan teknologi yang ada sekarang, dia boleh kembali hidup.
Cowell telah membuat pendedahan ini ketika ditemubual di makan malam Downing Street di tempat Premier Gordon Brown.
"Saya sudah membuat keputusan untuk mengawetkan diri saya bila saya mati nanti," kata Cowell dalam satu laporan akhbar baru-baru ini.
"Anda bayar duit yang banyak dan anda terperangkap dalam satu proses pengawetan bila mati nanti," kata juri 'X-Factor' dalam program realiti 'American Idol' itu.
"Sains perubatan tentu ada cara untuk membawa kita kembali ke dunia ini. Mungkin bukan sekarang tapi di abad satu lagi.
"Jadi saya tidak mahu terlepas ambil peluang ini apabila mereka menemui penemuan baru itu," kata Cowell.
"Tentu bangsa saya akan bangga dengan apa yang saya lakukan ini," kata Cowell yang mempunyai rasa keyakinan yang cukup tinggi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: