FILEM berkisarkan tentang pengganas agak sensitif di India. Bertambah sensitif jika penggambaran dibuat di bumi luar. Inilah dilema yang sedang dihadapi oleh penerbit filem Bollywood yang ingin menggambarkan cerita tentang pengganas.
Penulis dan pengarah Renzil d'Silva mulanya ingin membuat penggambaran filem barunya di London tetapi disebabkan sukar mendapat kebenaran lantas idea itu terkubur begitu saja.
Ironinya, sebelum ini pengarah/penulis skrip Jagmohan Mundhra berjaya membuat pengambaran filem 'Shoot On Sight' di stesen tube London di mana pengeboman dipercayai berlaku seperti yang tertulis di dalam skrip.
Namun kata Mundhra, "Untuk mendapatkan kelulusan saja susah. Pihak berkuasa Britain agak musykil apabila membaca skrip saya. Mujurlah UK Film Council terpaksa campur tangan dan memprotes, barulah saya dapat teruskan penggambaran."
Malangnya, senario yang serupa tidak berlaku kepada Renzil. Filemnya dilarang membuat pengambaran di London sama sekali dan diarahkan keluar.
Tanpa mempunyai pilihan lain, seluruh unit pengambaran termasuk pelakon-pelakon filem ini yang terdiri dari Saif Ali Khan, Kareena Kapoor, Viveik Oberoi dan Om Puri terpaksa dipindah ke tube stesen yang lain di Philadelphia, Amerika.
Pihak berkuasa di Amerika bersetuju memberi peluang membuat pengambaran bukan saja di stesen tube tetapi di keseluruhan stesen pada waktu tidak sibuk.
Om Puri yang melakonkan watak pengganas berkata, "walaupun tidak diberi kebenaran berlakon di London, kami berjaya juga membuat penggambaran di Philadelphia.
"Pada masa kini, watak pengganas tidak perlu sekasar dan seagresif dulu. Mungkin tiba masanya kita mengubah persepsi orang ramai terhadap pengganas.
"Untuk memahami apa yang berlaku dalam kepala seorang pengganas, kita perlu tahu apa yang mereka lalui, kata Om Puri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: