SS nak tergelak pun ada, kasihan pun ada bila nak cakap soal kahwin cerai artis. Mana tidaknya, ada ketika apa terjadi dalam rumah tangga mereka macam drama TV pula. Suatu ketika ada seorang penyanyi wanita, punyalah bangga bercerita hubungan cintanya dengan seorang jejaka kerabat diraja. |
Ikut latar penyanyi itu pun, asal setinggan saja. Bukan SS nak perkecilkan orang setinggan, ramai juga anak-anak setinggan yang berjaya dalam bidang hiburan umpamanya hero kita, Rosyam Nor.
Cuma ada segelintir anak setinggan yang `poyo' bila dapat cekup anak raja atau anak orang kaya, bagi dia itu permata paling berharga sekali. Sudah ditakdirkan jodoh penyanyi itu, lalu berkahwinlah penyanyi itu dengan anak raja yang dikata berasal dari Pantai Timur itu
Majlis gilang gemilang, tetapi selepas sebulan barulah pecah tembelang. Rupanya suami artis itu, bukan nak raja sebenar, usahkan bau-bau bacang dengan pihak istana, bau cendol pun tiada.
Penyudahnya, tidak sampai setahun artis itu menjadi janda. Dalam dunia hiburan, apa yang SS lihat artis wanita paling mudah 'kena kencing.' Apatah lagi jika ibu bapa spesis mata duitan.
Dalam erti kata, nak terus hidup pun bergantung pada sara anak-anak. Lalu bila ada lelaki yang bertandang ke rumah dengan bergaya, berkereta mewah, ibu bapa begini mudah saja gelap mata.
Penyudahnya, nak kan menantu yang dapat 'kacang hantu.' Lelaki `kacang hantu' ini memang `manis menabur janji. Bila dah dapat, dia buat tidak peduli. Lebih parah dia berkahwin lagi dua tiga.
Maklum saja dunia sekarang wanita lebih ramai daripada lelaki. Isteri yang sentiasa dalam tekanan, biasanya akan cepat tua dan si suami mula muak, lalu melilau cari dahi licin baru.
SS sekadar menasihati, sebabnya sekarang ini ramai sangat ibu bapa artis bangga kalau dapat menantu orang kaya, bakal menantu ada bisnes, tapi hakikatnya habuk pun tarak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: