Sesuailah dengan usia mereka yang masih muda dan mempunyai ramai peminat di kalangan remaja sebaya yang menjadi sasaran utama produk yang diwakili.
Terbaru mereka dilantik sebagai duta Coca Cola untuk kempen Coca Cola Camni Lah. Mereka akan terlibat dalam siri konsert anjuran Coca Cola.
Nampaknya langkah mereka menjadi anak seni tidak dipandang sepi walaupun kedua-duanya bukanlah juara program yang mereka sertai.
Shila sekarang kelihatan lebih menonjol berbanding juara One In A Million musim kedua, Ayu.
Dafi juga terserlah berbanding juara Akademi Fantasia 5 yang disertainya dua tahun lalu.
"Dafi anggap penglibatan Dafi bersama Coca Cola sebagai rezeki tambahan dan semestinya Dafi berharap dapat mengembangkan lagi nama dafi sebagai penyanyi," kata Dafi.
Dafi akui jadualnya semakin padat kerana baru dua minggu kembali ke kampus menyambung pengajiaan di Kolej Universiti Lim Kok Wing.
Dafi sebelum ini bergandingan dengan Gita Gutawa untuk kempen ais krim Cornetto. Sekarang wajah Shila pula mewarnai kempen ais krim itu.
Dafi giat promosi
Sejak album barunya dipasarkan ada saja aktiviti berbentuk promosi yang Dafi sertai. Kalau tidak ada aktiviti yang dijalankan oleh syarikat, Dafi menyertai siri raod tour anjuran pihak lain.
Sambil menghiburkan penonton dan memeriahkan majlis yang disertai, Dafi turut mempromosikan album baru yang sedang popular dengan lagu Lemah dan Di Antara.
Dafi turut menyertai siri Road Tour 2009 Soyo & URTV di Plaza Angsana, Johor Bahru dan Kip Mart, Kota Tinggi, Johor hujung minggu lalu.
Ternyata Dafi diminati oleh peminat remaja dan kanak-kanak yang tidak jemu merakam gambarnya semasa beraksi di atas pentas. Tidak kurang juga semasa menandatangani autograf. Mangga Online turut bekerjasama dalam siri road tour tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: