BARU-BARU ini, sempatlah juga Papa meluangkan masa bersembang dengan kawan lama Papa, siapa lagi kalau bukan Miss Taira yang semakin hari semakin cantik tu.
Banyaklah juga perkara yang kami bualkan memandangkan Taira ni bukannya selalu ada dalam negara. Yelah, Taira ni selalu ke luar negara kerana sibuk menguruskan butiknya yang terletak di negara Timur Tengah itu.
Dalam kerancakan berbual, Taira telah menyampaikan satu cerita panas mengenai isteri kepada seorang aktor yang baru sahaja bernikah baru-baru ini.
Katanya, isteri aktor itu luarannya memang nampak sopan dan baik tetapi kalau orang tahu perangai sebenarnya, memang akan terkejut badak semua orang.
"You nak tahu tak Papa. Isteri pelakon ni rupanya suka mengarah dan menengking orang sesuka hatinya sahaja terutama sekali sewaktu majlis perkahwinannya baru-baru ini.
"Habis semua orang dimarahinya termasuklah aktor tu. Kalau marah yang di paras normal, takpelah tapi ini memang yang di tahap kronik. Sampaikan jurusolek yang sedang menyoleknya pun habis dimarahinya.
"Kalau ada serba tak kena dan memuaskan hatinya, memanglah. Maki hamun dan kata-kata tak elok akan keluar dari mulutnya. Entah macam manalah aktor tu boleh larat melayan isterinya itu," jelas Taira sambil menggelengkan kepalanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: