PEMILIK nama Chan Kong San atau Datuk Jackie Chan tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri perfileman antarabangsa. Pelakon berusia 62 tahun ini, bukan sahaja terkenal di China, bahkan di peringkat antarabangsa. Memulakan kerjaya dalam bidang lakonan seawal usia lima tahun apabila diberikan peluang untuk muncul sebagai watak sampingan.
Zaman kegemilangan Jackie bermula setelah membintangi filem yang berjaya menaikkan namanya, Snake In The Eagle’s Shadow (1978), yang mana dia diberi kebebasan untuk melakonkan sendiri aksi lasak dengan seni mempertahankan diri, iaitu kungfu.
Sejak itu bakat lakonannya semakin mendapat perhatian peminat filem di seluruh dunia.
Beberapa bulan lalu, pelakon popular ini sekali lagi menjadi tumpuan peminat filem di seluruh dunia apabila khabar angin mengenai kematiannya tersebar.
Berita seumpama itu bukanlah kali pertama berlaku terhadapnya, malah boleh dikatakan setiap kali terlibat dalam penggambaran filem aksi, berita itu pastinya tersebar.
Baru-baru ini, ketika mempromosikan penampilan baharunya menerusi filem terbaru, Skriptrace di Beijing, Jackie sempat berkongsi pengalamannya yang melalui saat-saat kematian.
Menurutnya, kejadian itu berlaku di Guangxi ketika dia sedang menjalani satu babak menaiki rakit.
“Sebenarnya, saya bukanlah perenang yang baik, dan tidak sangka arus deras tiba-tiba muncul sehingga menyebabkan saya terjatuh dari rakit itu.
“Ketika kejadian berlaku, saya benar-benar cemas dan kru yang terlibat juga tidak mampu mendekati untuk menyelamatkan saya memandangkan arus deras.
“Mujur ketika itu saya mampu bertahan sehingga arus deras itu mulai reda. Kejadian itu sangat mengerikan saya,” katanya menerusi laporan Entertainment News.
Selain bergelar pelakon, Jackie juga merupakan penerbit filem tersebut yang turut mendapat sentuhan sutradara Renny Harlin.
Mengulas lanjut mengenai filem itu, Jackie memberitahu, idea untuk menghasilkan jalan cerita filem tersebut sudah difikirkan sejak 25 tahun lalu.
“Saya selalu impikan untuk filem yang memaparkan kisah kejar-mengejar penjenayah yang mana pada masa yang saya turut menampilkan landskap sekitar negara China da juga budaya di sini untuk dipertontonkan di seluruh dunia,” ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: