Pencuri 'dikalung' bangkai anjing
GUIZHOU - CHINA. Dua orang lelaki terpaksa menangung azab dan malu selepas tindakan mereka yang ingin mencuri anjing gagal malah leher mereka turut 'dikalungkan' oleh bangkai anjing.
Memetik laporan Guiyang Evening News, lelaki yang dikenali sebagai Xiao berkata, dia menyedari dua orang lelaki sedang mencuri anjingnya kira-kira jam 6 pagi.
Dia kemudian bergegas meminta pertolongan jirannya untuk menangkap pencuri terbabit yang pada ketika itu terjatuh ketika cuba untuk melarikan diri dengan motosikal.
Kedua pencuri terbabit kemudiannya diikat oleh penduduk kampung, malah dipukul serta leher mereka turut digantung dengan bangkai anjing sebagai pengajaran di atas perbuatan itu.
Polis yang tiba di tempat kejdian selepas menerima aduan kemudian cuba untuk meleraikan penduduk kampung, namun gagal dan terpaksa mendapatkan bantuan tambahan untuk mengawal situasi berkenaan.
Pihak kerajaan Dujun berkata, lebih 100 anggota polis dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membawa kedua pencuri berkenaan yang ditahan oleh penduduk kampung lebih dari 10 jam dalam keadaan lapar serta cedera.
Pencuri berkenaan kemudian dibawa ke balai polis dan pihak polis turut akan menyiasat penduduk kampung yang terlibat memukul kedua-dua pencuri berkenaan.
Kejadian itu menimbulkan pedebatan di kalangan netizen yang menyalahkan penduduk kampung yang bertindak keterlaluan terhadap pencuri berkenaan namun ada juga netizen turut menyokong tindakan terhadap kedua pencuri berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: