Wednesday, November 4, 2015

Neelofa Tidak Akan Muncul Di Majlis Sembarangan




Neelofa 
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Neelofa memberitahu cara dia menjaga nilai eksklusif dirinya ialah dengan bersikap lebih selektif dalam menghadiri majlis-majlis tertentu.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Md Noor, 26, berkata, langkah itu menyebabkan dia tidak mudah ditemui di mana-mana acara dan seterusnya dapat menjaga nama baik dirinya dan perniagaan.

"Langkah yang saya lakukan itu adalah berdasarkan apa yang kita pilih, saya lebih bersikap memilih untuk hadir di majlis-majlis dan utamakan yang penting sahaja.

"Saya tidak mahu orang bertemu saya dengan mudah di mana-mana. Saya mementingkan majlis yang memberi brand dan profil yang bagus kepada saya," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Neelofa ditemui dalam satu sidang media di ibu pejabat Naelofar Butik, di Taman Tun Dr Ismail di sini, Isnin.

Neelofa kini sibuk menguruskan perniagaannya Naelofar Hijab.

Selain itu, Neelofa berkata, orang disekelilingnya juga banyak memberi nasihat terutamanya berkaitan soal menjaga imej dan memelihara jenamanya.

Sementara itu, Neelofa berkata, dia bakal melancarkan program bual bicara sendiri menerusi laman YouTube Neelofa TV yang bakal dilancarkan pada Rabu ini.

Katanya, saluran tersebut merupakan salah satu cara untuk memberi inspirasi kepada masyarakat agar menjadi seseorang yang lebih baik.

"Saya akan lancarkan saluran Neelofa TV online di laman YouTube bermula 4 November ini bagi episod pertama. Ia adalah satu saluran yang mengulas tentang percintaan, kesihatan, bisnes, keluarga dan pendidikan.

"Saya sedar saya mempunyai bilangan peminat, saya cuba untuk memberi inspirasi dan mengubah cara pemikiran mereka dalam memberi reaksi serta mengawal sesuatu masalah," ujarnya.

Tambahnya, program televisyen dalam talian itu mengambil masa selama tiga hingga lima minit bagi setiap episod yang akan dimuat naik pada setiap minggu.

"Ia seperti program bual bicara, ada episod saya seorang dan ada episod bersama tetamu undangan. Setakat ini saya sudah ada empat episod dan tidak sabar untuk berkongsi dengan semua peminat.

"Apa yang saya akan paparkan kebanyakkannya tentang apa sahaja yang masyarakat ingin tahu dan mereka boleh menonton Neelofa TV," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: