Sunday, November 1, 2015

Manusia boleh diami Musytari?


Manusia boleh diami Musytari?

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara Amerik Syarikat (Nasa) kini giat melakukan penyelidikan dan penerokaan ke atas sebuah bulan dalam sistem planet Musytari.

Tujuannya adalah satu iaitu untuk membolehkan manusia mendiami 'bumi' kedua, kerana menurut Nasa ada petanda bahawa manusia boleh hidup di bulan tersebut.

Memetik laporan DailyMail melaporkan bahawa bulan itu dikenali sebagai Europa, ia merupakan bulan terbesar dalam sistem planet Musytari.

Dalam satu kenyataan Nasa, memaklumkan bahawa bulan misteri itu dikatakan sebagai satu tempat terbaik untuk manusia mencari kehidupan baharu dalam sistem suria kita selain bumi.

Tarikannya bermula ketika saintis melihat wujudnya pemanasan ais pada 2012 ketika pemerhatian menggunakan Teleskop Angkasa Lepas Hubble.

Hasil pemerhatian mendapati wujud wap air di wilayah Kutub Selatan Europa.

"Pemerhatian itu memberi bukti kukuh kepada saintis berlakunya letusan air di permukaan terbabit," petik kenyataan Nasa.

Terdahulu, sebelum Hubble membuat penemuan itu, kapal angkasa Nasa yang dikenali sebagai Galileo melakukan pengembaraan ke Musytari pada 1995 dan menemui bukti kukuh bahawa Europa memiliki lautan masin di bawah lapisan permukaan beku bulan terbabit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: