BERA – Kajian secara saintifik ke atas penggunaan vape perlu dijalankan secara menyeluruh, termasuk melakukan perbandingan risiko antara vape dan rokok sebelum sebarang akta berkaitannya dilaksana.
Pengerusi Lembaga Pengelola Mardi, Datuk Mohd Fadil Osman berkata, pengguna vape di negara ini menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa, sekali gus mengurangkan jumlah perokok tegar yang beralih kepada ‘budaya merokok’ lebih selamat kerana tiada kandungan tar di dalam perisa vape.
Menurutnya, sekiranya vape benar-benar menjejaskan kesihatan sama seperti merokok, penerangan secara terperinci termasuk membandingkan risiko antara penggunaan vape dan merokok ini perlu disampaikan kepada pengguna supaya lebih jelas.
“Majoriti perokok tegar beralih kepada vape kerana mereka percaya kandungan perisa vape lebih selamat berbanding rokok yang mengandungi tar. Malah, ada di kalangan mereka yang tidak lagi merokok sebaliknya memilih vape kerana kos perbelanjaan jauh lebih murah.
“Saya percaya, jika vape ini betul-betul memudaratkan dan keputusan kajian menunjukkan keputusan sedemikian, pengguna vape boleh terima dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau yang juga Adun Kemayan berkata, industri vape ini yang dikuasai 90 peratus anak muda Bumiputera akan beri tamparan hebat sekiranya hasrat pengharaman vape dilaksana.
Pengguna, Hairul Azwan Ishak, 30, memberitahu, selepas enam bulan menggunakan vape bagi menggantikan rokok, dia tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan serius seperti tekak berkahak atau batuk berpanjangan malah, kos perbelanjaan bagi tujuan itu semakin berkurangan.
Katanya, sebelum ini, dia menghabiskan tiga kotak rokok dalam tempoh sehari dengan kos perbelanjaan lebih kurang RM40, berbanding menggunakan vape yang memerlukan kos yang sama dalam tempoh seminggu.
“Jumlah itu jauh beza, dan sekurang-kurangnya saya boleh berjimat dari segi kos membeli rokok. Cuma beli perisa sahaja dan mampu bertahan untuk tempoh seminggu.
“Kalau dahulu, bangun pagi tekak berkahak tetapi sekarang sudah tiada lagi sebab perisa vape tidak mengandungi tar yang membahayakan kesihatan,” katanya.
Bagi Yuslisham Jailani, 41, bagi memastikan penggunaan vape tidak memudaratkan, dia hanya memilih perasa berkualiti dan disahkan selamat (melalui kajian makmal).
Katanya, sebagai pengguna, mereka mempunyai banyak pilihan untuk memilih yang terbaik, dan tidak bersetuju sekiranya penggunaan vape ini diharamkan.
“Kalau di negara lain, mereka guna vape bagi kurangkan perokok tegar untuk atasi masalah kesihatan, tetapi berbeza di negara ini apabila penggunaan vape dihalang sedangkan ia sudah lama digunakan.
“Kalau vape ini haram dan ia perlu dihenti, kerajaan juga perlu haramkan juga rokok termasuk hentikan pembuatan, pengilangan dan penjualan rokok. Ini baru adil,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: