
Abdul Manan melepaskan peserta media selepas merasmikan program MyIPO bersama media sehati sejiwa, kelmarin.
KUANTAN – Peningkatan permohonan dan pendaftaran harta intelek kepada 50 peratus tahun ini menunjukkan perkembangan positif apabila semakin ramai individu yang memahami kepentingan perlindungan harta.
Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Abdul Manan Ismail berkata setakat ini sehingga Oktober lalu, sebanyak 329 permohonan telah dicatatkan manakala 128 pendaftaran harta intelek telah diluluskan di negeri ini.
“Walaupun tren peningkatan tidak terlalu stabil namun peningkatannya menunjukkan bertambahan yang banyak daripada penurunan bagi beberapa kategori harta Intelek negeri ini namun ia tetap memberangsangkan ke arah positif
“Sepanjang tempoh lima tahun permohonan pengurusan harta intelek, di Pahang telah mencatatkan peningkatan apabila 128 daripada 329 permohonan diluluskan dan mungkin akan meningkat naik lagi dari masa ke semasa.
“Antara kategori yang dikenal pasti mendapat sambutan seperti Cap Dagangan, Peten dan Reka Bentuk Perindustrian," katanya selepas merasmikan Pelepasan Harta Karun Bersama Media Sehati Sejiwa, di hadapan pejabat MyIPO, kelmarin.
Kira-kira 100 orang wakil media, kakitangan MyIPO dan warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyertai pertangan tersebut
Dalam pada itu, Abdul Manan berkata, kerajaan tidak meletakkan tanda aras mengenai kesedaran harta intelek namun pelbagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan untuk melindungi harta intelek dilakukan dari masa ke semasa.
“Kita akan terus memberi didikan dan mengadakan persidangan antarabangsa seperti kita menggalakkan individu menghadiri Persidangan Penilaian Harta Intelek Global atau GIPVS seperti yang dianjurkan sekitar 6 Jun lepas.
“Terdapat kira-kira 30 penceramah berkaitan harta intelek dari negara Eropah, Australia, India, China, UAE, Vietnam, Indonesia, Singapura dan banyak lagi.
“Dengan itu, agensi ini akan bertindak berkongsi maklumat dalam memberikan kesedaran,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: