Shamsul (dua, kiri) dan Pengurus Kanan Pemasarannya, Linda Hassan ketika majlis pelancaran Piza Top Secret baharu di Kuala Lumpur.
Domino’s Pizza Malaysia (Domino’s) menyasarkan membuka 20 hingga 30 cawangan di seluruh negara setiap tahun.
Pengarah Urusan Operasinya, Shamsul Amree berkata, tahun ini Domino’s membuka 21 cawangan.
“Kami yakin buka lagi empat cawangan menjelang akhir tahun ini sekitar Lembah Klang dan beberapa negeri lain.
“Kami mempunyai permintaan tinggi di Lembah Klang dan masih memerlukan banyak cawangan dibuka bagi mendekati pelanggan,” katanya selepas Pelancaran Piza Top Secret baharu di Kuala Lumpur.
Menurutnya, sehingga kini Domino’s mempunyai 70 cawangan di Lembah Klang daripada 145 cawangan seluruh negara.
Mengulas berhubung pembukaan cawangan baharu di Sabah dan Sarawak, Shamsul berkata, pihaknya ada perancangan membawa jenama itu ke dua negeri berkenaan pada masa depan.
“Sebelum kami memasuki pasaran di sana ada beberapa perkara perlu kami pertimbangkan antaranya pengangkutan.
“Kami perlu benar-benar bersedia membuka cawangan di sana kelak bagi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya.
Shamsul berkata, pasaran Domino’s di negara ini kukuh dengan pertumbuhan sebanyak dua digit setiap tahun.
Domino’s bakal memperkenalkan satu menu baharu iaitu Chicken Confidential, piza yang didatangkan dengan lebih bawang, tomato, nanas, potpourri ayam dan ayam bakar.
Menu baharu itu boleh dinikmati bermula esok di semua cawangan Domino’s.
Domino’s juga mengurangkan harga bagi tawaran dua menu piza dengan harga RM30 bagi set biasa, RM50 (set besar) dan RM70 bagi set lebih besar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: