
Lelaki yang ditahan kerana mencuri bahagian enjin kereta di Hospital Melaka, semalam.
BUKIT PALAH - Seorang lelaki ditahan selepas didakwa mencuri bahagian enjin salah sebuah kenderaan yang diletakkan di ruang tingkat dua Hospital Melaka, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, suspek berusia lingkungan 30-an dikatakan mencuri kaberator sebuah kereta jenis Proton Iswara yang diletakkan di hospital berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Sheikh Abdul Adzis Sheikh Abdullah berkata, suspek ditangkap polis dan pemilik kenderaan sendiri ketika dia sedang sibuk membuka kaberator tersebut.
“Semasa sedang mengeluarkan enjin tersebut, pemilik kenderaan yang ketika itu sedang menuju ke keretanya melihat suspek sedang mengeluarkan salah satu komponen kenderaannya sebelum segera memberitahu anggota polis yang berada di hospital tersebut,” katanya di sini, semalam.
Sheikh Abdul Adzis berkata, hasil soal siasat turut mendapati suspek memiliki dua rekod lampau melibatkan dadah.
“Hasil ujian saringan air kencing suspek positif dadah jenis Menthaphetamin,” katanya.
Beliau berkata, suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: