
Bekas pelajar tahun 1999 SMK Convent Ipoh yang hadir pada majlis pertemuan semula, baru-baru ini.
IPOH – Seramai 35 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Ipoh tahun 1999 ditemukan semula dalam sebuah majlis selepas terpisah selama 16 tahun.
Pengerusi majlis itu, Noor Anum Sarah Johar Ariffin berkata, idea mengadakan pertemuan itu tercetus semasa dia berbincang bersama beberapa rakan sekolah melalui aplikasi Whatsapp sejak tiga bulan lalu.
Menurutnya, satu ahli jawatankuasa dibentuk bagi menjejaki rakan lain melalui laman sosial Facebook untuk mengajak mereka menyertai majlis berkenaan.
“Majlis ini meriah dengan kehadiran bekas pelajar bersama keluarga mereka.
“Pelbagai aktiviti antaranya nyanyian lagu sekolah, cabutan bertuah, sukaneka dan sambutan hari jadi bekas pelajar yang lahir pada bulan ini,” katanya.
Noor Anum Sarah berkata, melihat pada maklum balas diberikan, tidak mustahil majlis yang sama akan diadakan pada masa akan datang.
“Program yang diadakan ini adalah percubaan pertama dan mungkin kita akan menjemput guru sekolah serta lebih ramai bekas pelajar bagi memeriahkan majlis berkenaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: