Thursday, November 5, 2015

Apa itu ketumbuhan dalam otak?



otak
Gambar hiasan.
KETUMBUHAN dalam otak adalah pertumbuhan sel-sel yang tidak normal pada tisu-tisu otak atau sekelilingnya seperti kawasan saraf tunjang dan tulang belakang seseorang.
Ketumbuhan yang bermula dari dalam otak dipanggil Ketumbuhan Otak Utama (Primary Brain Tumour) dan ketumbuhan di dalam otak hasil daripada sel ketumbuhan dari bahagian badan yang lain dinamakan Ketumbuhan Sekunder (Metastatic Tumour).
Ketumbuhan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu dipanggil benign di mana kawasan ketumbuhan itu mempunyai sempadan yang jelas dan membesar dengan kadar yang perlahan serta tidak mempunyai sel barah atau kanser. Bagaimanapun, ketumbuhan sel benign tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana, walaupun ia tidak mempunyai sel kanser, pembesaran sel-sel tidak normal ini mengambil ruang di dalam otak dan menghimpit bahagian otak yang lain.
Jenis kedua adalah dipanggil Malignant. Ketumbuhan Malignant adalah ketumbuhan sel kanser. Sel-sel ini tidak mempunyai sempadan yang khusus malah mengakibatkan jangkitan pada sel-sel lainnya. Ia juga boleh merebak ke bahagian badan yang lain dan menyebarkan sel-sel kanser di bahagian tersebut.
*     Benign : Benign brain tumour adalah ketumbuhan otak yang tidak aggressive. Ia terbentuk dari sel otak atau sekeliling orak dan mempunyai sempadan yang jelas. Ia membesar dengan kadar yang perlahan dan tidak mempengaruhi sel-sel sekelilingnya dan yang lain.
*     Malignant : Ketumbuhan Malignant mempunyai sel kanser dan tidak mempunyai sempadan yang jelas. Ia membahayakan nyawa kerana ia membesar dan merebak dengan kadar yang cepat dan mempengaruhi pertumbuhan sel-sel kawasan-kawasan otak lain.  
*     Primary (malignant): Ketumbuhan yang bermula dari sel otak dipanggil Primary brain tumour. Ia mungkin merebak kebahadian otak yang lain hingga ke saraf tunjang. Akan tetapi biasanya ia tidak merebak ke organ badan yang lain.
*     Metastatic (malignant): Metastatic atau ketumbuhan otak sekunder adalah ketumbuhan otak yang terjadi kerana jangkitan dari ketumbuhan pada bahagian organ yang lain yang telah merebak ke bahagian otak. Ketumbuhan sebegini adalah lebih banyak dan ia dinamakan mengikut organ awal ketumbuhan ini dikesan.
Tanda-tanda seseorang itu mempunyai ketumbuhan otak
Tanda-tanda ketumbuhan otak bergantung pada jenis dan lokasi ketumbuhan otak tersebut. Adakalanya, seseorang itu hanya merasakan beberapa tanda-tanda ketumbuhan otak walaupun ketumbuhan itu sudah ditahap kritikal.

Tanda-tanda biasa ketumbuhan otak adalah:-
*     Sakit kepala yang kerap berlaku, terutamanya pada sebelah pagi
*     Loya dan muntah
*     Perubahan dalam pertuturan, pendengaran atau penglihatan
*     Masalah dengan keseimbangan badan dan berjalan
*     Masalah untuk berfikir atau memori
*     Sentiasa lemah dan mengantuk
*     Perubahan ketara dalam personaliti, mood atau perangai
*     Sawan

Terdapat lebih daripada 120 jenis ketumbuhan otak dan saraf tunjang. Memandangkan sifat-sifat ketumbuhan ini berbeza mengikut jenis dan tempat, rawatan untuk menyingkirkan sel-sel ketumbuhan ini juga berbeza.
Apabila ketumbuhan otak semakin membesar, ia boleh menjadi masalah yang besar apabila ia menghimpit organ-organ penting di dalam kepala yang boleh menjejaskan fungsi-fungsi bahagian yang terhimpit. Jika ia tidak dirawat atau disingkirkan, ia boleh mengakibatkan kematian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: