Wednesday, March 5, 2014

Syamsul bakal nikah di hospital

SYAMSUL


KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof, 30, yang bakal melangsungkan perkahwinannya bersama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 29, Sabtu ini mungkin terpaksa melangsungkan upacara akad nikah di hospital kerana demam denggi.
Ibunya, Datin Patimah Ismail memberitahu, Syamsul dikejarkan ke Pusat Perubatan Gleneagles di sini semalam selepas mengadu sakit kepala dan panas badan sejak tiga hari lalu.
“Pagi tadi (semalam) saya terus membawanya ke hospital dan doktor sahkan dia menghidap denggi, jika dia belum pulih sepenuhnya atau tidak dapat daripada doktor (untuk keluar), kemungkinan besar nikah terpaksa dijalankan di hospital.
“Syamsul beritahu, dia tetap mahu bernikah pada hari yang ditetapkan dan tidak kisah kalau pernikahannya itu terpaksa dilakukan di sini (hospital),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
SARAH LIYANA


Ujar Patimah lagi, walau pun sedih dengan dugaan menimpa anaknya, dia tetap akur dengan permintaan pengarah KL Gangster itu meski pun segala persiapan di rumahnya di Taman Melawati di sini telah pun siap.
Sementara itu, Syamsul yang dihubungi sekadar memberikan penjelasan ringkas dengan mengesahkan bahawa dia memang menghidap demam denggi ketika ini setelah berada dalam keadaan kurang sihat.
“Memang denggi, positif,” jawabnya ringkas ketika membalas pesanan yang dihantar kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp.
Pada 12 Januari lalu, Syamsul dan Sarah telah mengikat tali pertunangan dalam satu majlis secara tertutup yang berlangsung di rumah keluarga perempuan di Damansara, Petaling Jaya.
Kedua-duanya mula berkenalan sejak terbabit dalam penggambaran drama bersiri KL Drift tahun lalu.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: