
DR. SHEIKH MUSZAPHAR berharap generasi muda mendalami menimba ilmu sains, sekali gus mengubah Malaysia ke arah negara maju.
PERANCANGAN awal negara untuk menceburi bidang angkasa dimulakan sejak tahun 1989. Ia dilakukan untuk melonjakkan kedudukan Malaysia yang sedang membangun dan sebagai persediaan kepada pembentukan sebuah negara maju.
Inisiatif itu diharap dapat meningkatkan kefahaman dan pada masa sama memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam bidang sains negara.
Sehingga kini, Planetarium Negara terus memacu bidang sains angkasa dengan peningkatan mutu dan kualiti program agar terus selari dengan perkembangan semasa.
Menurut Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (Angkasa), Dr. Noordin Ahmad, beberapa rancangan telah dirangka untuk memantapkan program di Planetarium Negara.
“Antaranya, menjalankan kerjasama dengan pihak Persatuan-Persatuan Astronomi Malaysia selain mengadakan bengkel-bengkel dan program-program pendidikan sains dan teknologi angkasa secara terbuka kepada orang ramai.
“Pada masa sama, pihak Angkasa akan terus giat menerbitkan artikel-artikel berkenaan sains dan teknologi angkasa di media massa,” ujarnya.
Beliau menambah, program-program yang dianjurkan oleh Planetarium Negara telah menarik para pengunjung luar dan dalam negara.
Sehubungan dengan sambutan ulang tahun kali ke-20, Planetarium Negara menganjurkan program Malaysia Space Odysses: 20th Years with National Planetarium bagi memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai sejarah dan kejayaan pusat maklumat angkasa lepas itu.
Orang ramai turut berpeluang untuk menyaksikan tayangan baharu, We Are Astromers di skrin berbentuk kubah yang telah dipertingkatkan dengan Full Dome Digital Immersive System (FDS). Ia memberikan imej digital keseluruhan skrin dengan hanya menggunakan sebuah komputer.
Ia boleh disaksikan dengan bayaran RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak warganegara Malaysia. Pelancong dikenakan bayaran sebanyak RM12 (dewasa) dan RM8 (kanak-kanak).ns angkasa dalam negara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: