MADURAI, India - Seramai 41 orang cedera pada pertandingan menjinakkan lembu jantan yang diadakan di sini semalam, kata polis.
Menurut polis, tujuh peserta terpaksa dirawat di sebuah hospital kerajaan, manakala baki yang lain diberikan rawatan sebagai pesakit luar.
Kira-kira 530 ekor lembu jantan dibawa untuk menyertai pertandingan tersebut.
Kesihatan lembu-lembu itu diperiksa terlebih dahulu oleh pakar haiwan sebelum dibenarkan menyertai pertandingan berkenaan yang diadakan sempena festival Pongal.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: